CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Sakit Kepala Dan Hilang Penglihatan, Rupanya Ada Penyepit Tersangkut Dalam Tengkorak

29-11-2023 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3107| Komen: 1

Description: HANOI: Punca seorang lelaki Vietnam mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan sejak lima bulan lalu akhirnya terjawab apabila doktor menemui sepasang penyepit atau chopstik dalam tengkor ...
HANOI: Punca seorang lelaki Vietnam mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan sejak lima bulan lalu akhirnya terjawab apabila doktor menemui sepasang penyepit atau chopstik dalam tengkorak kepalanya.


Lelaki yang tidak didedahkan identiti dan nama itu dimasukkan ke Cuba Friendship Hospital di bandar Dong Hoi, wilayah Quang Binch, selepas mengadu sakit kepala, hilang penglihatan dan cecair keluar daripada hidungnya.

Ketika ditanya, lelaki itu tidak tahu puncanya, namun selepas imbasan tomografi berkomputer (CT) dilakukan, doktor mendapati terdapat dua objek asing yang menonjol dari hidung ke dalam otaknya.

Foto: Agensi

Semasa pemeriksaan rapi dilakukan, objek tersebut adalah sepasang penyepit.

Lelaki itu yang ditanya bagaimana penyepit itu masuk ke dalam tengkoraknya, menyatakan pernah mengalami satu kejadian lima bulan lalu.

Katanya semasa keluar minum, dia terbabit dalam pergaduhan hingga menyebabkan dimasukkan ke hospital.

Doktor mengesyaki lelaki lain menusuk penyepit ke kepalanya semasa pergaduhan berlaku, namun lelaki itu tidak mengingatinya.

Selepas mempertimbangkan semua pilihan, pasukan perubatan melakukan pembedahan endoskopik melalui hidung dan mengeluarkan sepasang penyepit yang patah itu.

Menurut doktor, Nguyen Van Man, Ketua Jabatan Neurosurgeri di hospital tersebut, lelaki berusia 35 tahun itu didapati stabil dan dibenarkan keluar ke hospital selepas keadaanya didapati pulih sepenuhnya.-CARI

Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-11-2023 06:09 PM
Ingatkan kena santau penyepit. Rare ok.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.137207 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top