CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Hah Ni, Pekerja Pembekal Kain Lace, Kami Cabar Datang Penang,"-Makcik Kemboja Didakwa Tak Bayar Hutang!

24-11-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7764| Komen: 52

Description: Kontroversi Madame Mariyah atau Makcik Kemboja yang menggelar kaum Melayu pemalas belum berkesudahan.
Kontroversi Madame Mariyah atau Makcik Kemboja yang menggelar kaum Melayu pemalas belum berkesudahan.

Terbaharu, timbul pula dakwaan mengatakan dia culas membayar hutang kepada pembekal kain renda yang ditempahnya.


Menerusi video yang dimuat naik pembekal kain renda @lacegallery, pihak mereka meminta agar Makcik Kemboja dan anaknya untuk menyelesaikan hutang yang telah tertunggak.




"Hah ni, pekerja pembekal kain lace kat sini. Kepada anak Mak Cik Kemboja tu, kami pun nak cabar anda untuk datang Penang dan tunjukkan diri di kedai kami.

"Tapi bukan datang saja-sajalah, datanglah bawa sejumlah hutang yang belum dibayar tu. Ajak mak awak tu sekali ke kedai kami dan apa katalah kita bincang elok-elok."

Di akhir video tersebut, individu berkenaan juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menjadi insan yang bertanggungjawab dalam melangsaikan hutang @Amirul Ilyasha


makcik

"Bukan Mak Cik Kemboja ja, termasuklah semua yang berhutang di luar sana jangan lupa bayar hutang."

Di ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dan memuji individu berkenaan yang dilihat bijak menggunakan situasi semasa untuk meminta hutangnya dari pihak Mariyah.

Mereka juga berpendapat, tindakan individu tersebut memuat naik video membuktikan golongan Melayu yang dikatakan malas juga mampu berjaya dengan perniagaan sendiri.

Terdahulu, Mariyah menerima kecaman teruk selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 24-11-2023 10:55 AM
aduuuuu mcm2 hal keluar...hambek!
Quote makneng 24-11-2023 11:41 AM
Adan uke acik kemboja kihkih
Quote dubuk 24-11-2023 12:02 PM
astaga              
Quote Antifake 24-11-2023 12:15 PM
Kasik buang negeri aje. Tengoklah negeri mana nak terima orang vietnam ni
Quote dua_chzy 24-11-2023 12:16 PM
Silap betul la kasik marah bumiputera penduduk asal.

Padan muka.

Moga bisnes Kembonja kau lingkup.
Quote AkokKocik 24-11-2023 12:22 PM
Sbb tu org kata jaga mulut wpun nk viralkn bisnes, jgn cari gaduh lagi2 dgn netizen.
Quote misc 24-11-2023 12:26 PM
Oooo... rajin berhutang rupanya.
Quote rospinki 24-11-2023 12:29 PM
muka acik champa ni sebijik kawan lama iols org johor mmng mulut mcm buntot ayam cengih2 body language rekabentuk sama. keje pun bisnes sdri jual kain baju kt pasar malam. entah2 dia pun keturunan mcm acik ni jgak. masa duduk dgn pempuan tu dulu asik gaduh jah dgn dia..aku pun garang dia cengih haa..bergabong meletop
Quote twins 24-11-2023 12:36 PM
sombong bongkak sangat anak beranak sama naik... kan tak pasal-pasal dah mcm2 aib kot dah keluar... smlm akak kemboja pure dah bongkat citer makcik kemboja ni rupanya jenis keturunan hanyut merata alam.. vietnam hanoi gitu.. last2 tersangkut kat pukat johor nuuu terus dok johor kot.... hari ni dah timbul kesah kuat kencing tak bayar hutang pulak... lepas ni aib apa lagi makcik... tu laaa lain kali tuhan dah bg rezki lebih sikit dah mewah sikit bawak2 bersyukur... berterima kasih pd yg 'sauk" ko masa tersangkut mula2 hanyut dulu.. bila ko start menyombong memang mendapat laaaaaa..... rasakaaannnnn.....
Quote Hessa 24-11-2023 12:58 PM
ni namanya kerana mulut badan binasa..dunia viral2 ni tk yah lah nk buat konten murahan..mesti terciduk punya..lain la diri tu clean xde masalah dgn sape2
Quote Mamidingdong 24-11-2023 01:01 PM
Tu kan mendapat.. sat lagi melingkup buat content nangis2
Quote syamzana 24-11-2023 01:09 PM
padan muka

ni lace gallery kat kubang semang ke??
dulu jaman kerja iols selalu p situ cari lace cun2 murah plak tu...sila p sape2 dok dekat tu mcm2 latest design dok ada berpinau mata.

apo makcik tak byr hutang, tak padan ngan ada wisma
Quote akies 24-11-2023 01:10 PM
Acik kemboja terpaling.. jgn lupa bayar hutang naa
Quote any42 24-11-2023 01:11 PM
mendapat la aib sndri tlondeh sikit2
Quote myakayina 24-11-2023 01:41 PM
abislah nenek vietnam cham khmer ni punya bisness..lain kali  nak buat marketing konon2 nak bagi viral jgn buat content yg boleh mengundang kemarahan org..
Quote Kentot_Wangi 24-11-2023 01:46 PM
Itulah.. Lain kali nege senyap2.. Now... Ambikkkk... Sadappp u.. Haha... Pasni anak dia nk ckp ape pulak??
Quote Minami2013 24-11-2023 01:49 PM
Tercapai niat viral. Lepas ni bisnes kebabom free marketing.
Quote rain2169 24-11-2023 01:50 PM
acik kemboja, hang pi la juai baju hang kat orang kemboja kat kemboja sana.
juai kat kami malaysia wat pe...
pi... pi... pi main jauh-jauh......
Quote krustykrab 24-11-2023 01:51 PM
Sb tu la nenek kemboja ni berjaya sb hutang malas bayar

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.218035 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top