CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Buang Empat Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Di Pondok Pengawal

24-11-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4657| Komen: 14

Description: PASIR SALAK - Tergamak tinggalkan empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah di sini pada Khamis.
PASIR SALAK - Tergamak tinggalkan empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu membabitkan empat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bersama dua adik lelaki mereka masing-masing 3 tahun dan 10 bulan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar jam 5.39 petang.


Foto: Sinar Harian

Menurutnya, berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

"Hasil pertanyaan ke atas kanak-kanak berusia 11 tahun, (dia mendakwa) mereka telah dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.


"Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, adik-beradik berkenaan telah dibawa ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 24-11-2023 10:52 AM
Lor selalu org tua kena buang skrg da naik 1 step lg bdk2 pun kena buang. Kerajaan kena bnykkan lg bina rumah seri kenangan Dan rumah anak2 yatim ni. Jgn la asyik fikir nak sakau duit negara jer
Quote matamata 24-11-2023 12:19 PM
Thread dah adalah bangang
Quote Minami2013 24-11-2023 12:50 PM
matamata replied at 24-11-2023 04:19 AM
Thread dah adalah bangang

Cari-mro ni mmg bengong...
Quote Ayda89 24-11-2023 05:06 PM
Anak warga asing ke ni ? Atau mak pak taik dadah ? Kalau manusia normal peratus nak buat macamni rendah kot
Quote xtravaganza 24-11-2023 05:52 PM
Kelantan so maybe la warga asing..
Quote jazaa100 24-11-2023 06:14 PM
xtravaganza replied at 24-11-2023 05:52 PM
Kelantan so maybe la warga asing..

Bang.....pasir salak & bota kat kelantan ke bang?....

Sapa cikgu geografi abg?....atau abg selalu ponteng sekolah ke bangggg.....


Quote missyL 24-11-2023 07:12 PM
Kesian kene halau ngn nenek katenye.
Mak ayah ntah ke mane
Kot la tgl rmh nenek gitu je
Duit x bg ape x bg
Stress dah nenek kene menjaga bby di usia senja
Lek je tgl ank 10 bln gitu je
Mudah kot beranak die nie
So xde rse syg
Quote lanacondor 25-11-2023 01:00 AM
Mgkin mak ayahnya keluar cri rezeki. Skg kan kos hidup tgi. Dah nenek pulak xsabar xde ati perut. Semoga Allah murahkan rezeki semua yg berusaha mencari rezeki halal.. Aamiin
Quote fortiori13 25-11-2023 10:15 PM
Kesian budak2 Ni,
Quote A-Are 27-11-2023 08:33 AM
sedihnya perasaan kalau kena buang keluarga..kecik2 lg tu...tp kalau duduk rumah kebajikan n kebajikan lebih terjaga, ddk dgn nenek tah makan ke idok...susu baby pon mahal skang even dutch lady...semoaga tidak dipisahkan adik beradik ni..
Quote epullipan 27-11-2023 11:22 AM
apa nasib adik beradik ni skang..any update?
Quote awenda507 28-11-2023 12:30 PM
kesiannye budak2 ni
Quote pokokmeranti 29-11-2023 09:41 AM
today news polis dan tangkap pasangan suami isteri utk disoal jawab. buat masa ini eloklah di jaga bawah JKM
Quote wirazam 2-12-2023 08:55 PM
Kann ...bagus..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060962 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top