CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Tawar Gaji RM13,000 Jadi Tukang Rasa Kaki Ayam

24-11-2023 10:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4423| Komen: 3

Description: Beijing: Sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan mencari pengecap kaki ayam di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.Syar ...
Beijing: Sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan mencari pengecap kaki ayam di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.


Syarikat tersebut ingin mencari pekerja yang ditugaskan untuk merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji lumayan.


Calon yang terpilih dikehendaki makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Had umur atau jantina tidak ditetapkan tetapi calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam memakan kaki ayam dan pelbagai makanan lain.

Seorang pegawai Sumber Manusia syarikat berkenaan dikenali sebagai Wu mengesahkan iklan jawatan tersebut. Mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenarai pendek empat calon akhir.

Menurut Wu, calon yang dipilih perlu memberi cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menambah baik dan membangunkan produk pada masa hadapan. 



Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-11-2023 10:24 PM
Baca boleh, pircaya jangan.
Quote sharlenetexas 24-11-2023 10:33 PM
Adakah kaki ayam ori?


Quote nikolausricky 11-1-2024 10:10 AM
Your writing on this subject is quite interesting and well-written. My interest in the subject has been piqued, and I plan to conduct more research on the subject. basketball stars

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047647 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top