CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Gadis Terganggu Roommate Pasang Bacaan Al-Quran Setiap Masa, Nak Tegur Tapi Rasa Diri Jahat

7-11-2023 10:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4394| Komen: 25

Description: Menerusi satu luahan tanpa nama di paltform X, seorang pelajar perempuan mengakui berada dalam dilema apabila rakan sebiliknya gemar memasang alunan ayat suci al-Quran sepanjang masa, tanpa henti.Menu ...
Menerusi satu luahan tanpa nama di paltform X, seorang pelajar perempuan mengakui berada dalam dilema apabila rakan sebiliknya gemar memasang alunan ayat suci al-Quran sepanjang masa, tanpa henti.


Menurut gadis itu, dia serba salah kerana sedia maklum akan manfaat mendengar ayat suci al-Quran tetapi pada masa sama berasa terganggu ketika hendak mengulang kaji pelajaran.

Gambar hiasan

"Saya tak pernah larang rakan sebilik saya nak pasang ayat al-Quran. Saya pun suka dengar, tapi kalau setiap kali waktu nak tidur, tengah belajar dan tengah makan pun pasang, saya rasa sedikit rimas.

"Ada satu pagi tu saya bangun tidur, saya tutup kejap radio dia. Dia terus terbangun dan tanya kenapa saya tutup, saya cakap nak bagi speaker rehat sebab non-stop. Dia kata tak apa, pagi Sabtu ni bagus dengar orang mengaji.

"Saya rasa macam diri saya ni jahat pula, seolah-olah saya menolak daripada mendengar bacaan ayat al-Quran," kata gadis itu runsing.


Pelajar tersebut kemudiannya menjelaskan apa yang dirasai dan pandangannya sendiri.

"Apabila sepanjang masa ada bacaan ayat al-Quran ni, saya susah nak berikan tumpuan kepada apa yang saya study.

"Minda saya tak boleh nak berfikir, saya sampai kena pergi ke bilik orang lain kalau nak belajar, apa yang saya patut buat?" soal gadis itu meminta pendapat.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, ada warga maya yang mencadangkan untuk wanita tersebut berterus-terang dengan rakan sebiliknya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 8-11-2023 07:29 AM
macam2 pe'el manusia ni
Quote prince_marhaen 8-11-2023 10:22 AM
tak rasa awkward ke malu ke nak tukar2 baju, nak bukak2 aurat dalam bilik sesambil dengar quran sepanjang masa, kalau meols pun rimas, takde ke rasa nak tgok movie ke, nak fokus study ke, nak rehat...aiyooo over kekadang bebudak usrah ni.... ujung2 berakhi ukhti kat stor sukan... ehehehehehe
Quote babelina 9-11-2023 03:07 PM
agk2 la kn.. bkn x bole pasang.. tp jgn menganggu org lain la..
Quote isseliparjepun 11-11-2023 09:34 AM
Kesian juga. Boleh tak pasang bacaan Quran tu to herself aje. Dengar la pakai earphone. Don't expect everyone to be like you boleh tahan 24/7/365. During her birthday, hadiahkan dia earbud. Murmur shopee pun tak apa. And tell her to listen the Quran only to herself. Adik ni tahan betul dengan roommate macam tu.
Quote anony-mous 11-11-2023 05:09 PM
babelina replied at 9-11-2023 03:07 PM
agk2 la kn.. bkn x bole pasang.. tp jgn menganggu org lain la..

Betul. Klau time nk tido, psg la earphone. Klau mgrib tggu isyak tu ok la nk psg 1 bilik dgr. Ada org mmg xboleh tido klau ada bunyi. Allah cipta org lain2.
Quote gigahertz 13-11-2023 02:07 AM
prince_marhaen replied at 8-11-2023 02:22 AM
tak rasa awkward ke malu ke nak tukar2 baju, nak bukak2 aurat dalam bilik sesambil dengar quran sepa ...

ikutkan bila pasang al quran kena duduk diam dengar jangan buat apa2.
Quote myhairisbad 13-11-2023 01:28 PM
Ada orang, logik mereka ni pelik2.. kita bukan tak suka dengar apa yg dimainkan, kita cuma tak selesa sbb volume kuat. Nak2 pula, certain orang ada sensory overload.. sensitif sikit.
Quote myhairisbad 13-11-2023 01:32 PM
prince_marhaen replied at 8-11-2023 10:22 AM
tak rasa awkward ke malu ke nak tukar2 baju, nak bukak2 aurat dalam bilik sesambil dengar quran sepa ...

Bayangkan bilik tu pula sempit yakmat.. haha pengsan kita klu kena duduk dgn org camni. Pengalaman iols dulu, kawan sampai sanggup ngadu di pejabat nak tukar rumah. Dapat jg tukar. Aman damai hidup. Rumah tu pun dia n dua org kawan je duduk instead of sembilan org.
Quote rospinki 15-11-2023 12:30 PM
mcm iols dulu sound ofis mate pelan bacaan AQ kt youtube dia pastu dia usha aku ni mcm apa tah..pasangla tapi takyah la kuat2. adoiii tu pon tak fhm
Quote Chah21 16-11-2023 09:08 PM
Dulu i pon slalu pasang tp slow la tepi telinga je.. cuma x sntiasa la sbb x bajet alim.. kena ada yg tegur ni
Quote belacan_gurl 17-11-2023 09:03 AM
Aku faham situasi dia...ada sentengah org kalo study dia mmg nkkan suasana senyap sbb nk fokus...aku mcm dia ar ...bunyi Muzik pun aku xnk dgr..
Quote piro77 20-11-2023 01:12 AM
Ada pernah dengar ustaz cakap (tak ingat nama) nak pasang al-Quran pun kena ada adab juga, jgn main hentam setiap masa nk pasang tp sibuk buat perkara lain. Kalau nk pasang, dengar betul2 bukan sambil2 buat kerja lain mcm tidur, makan, dll. Sedangkan mengaji di masjid pun tak boleh kuat2 kalau ada org sembahyang. Ini namanya jenis manusia nak beramal tanpa berilmu. Lagi satu yg pasang azan hp kuat2, dh dlm masjid/ surau tgh azan tp dibiarkan jugak hpnya berkumandang sekali azan. Rimas i manusia yg takde common sense mcm ni
Quote joexm 23-11-2023 02:41 AM
suruh dia pindah ke masjid / surau berhampiran ..
Quote adelea 26-11-2023 12:53 PM
Meols pernah sewa satu bilik yg rumah nya owner rumah suka pasang mengaji

Ko bayangkan aku ni nak terberak
Dok terikut baca ayat quran dlm toilet …
Nak tegur kang confirm bergaduh

So iols pindah ajer laaa sbb rasa x comfortable
Quote FlexyFox 24-1-2024 01:44 AM
Cakap jer la jgn pasang. Islam melarang mengganggu org lain. Nak mudah, cari ceramah agama yg beritahu tak boleh baca quran kuat2 kalau ada org lain dekat takut mengganggu.
Quote cmf_jeangrey 25-1-2024 01:59 AM
Org mcm ni kena duduk sendiri sorang2..tak boleh dgn org lain..sebab ruang dia dah masuk ruang org lain...tak bertanya pulak tu..ikut selera dia je

I sejenis yg kalau study atau kerja tak boleh dengar radio/tgk tv...kena senyap...sbb otak jenis tangkap semua masuk kepala so jadi gangguan..dulu pernah jua my roomate bukak audio Quran tapi orgnya hilang entah ke mana...sekdr habit kot bukan nak menghayati sgt pun
Quote Meiizu 25-1-2024 01:49 PM
piro77 replied at 20-11-2023 01:12 AM
Ada pernah dengar ustaz cakap (tak ingat nama) nak pasang al-Quran pun kena ada adab juga, jgn main  ...

Mcm kes viral kat spore baru2 ni kann....cainis tu amuk bunyi phone azan.
Kdg aku pun rasa setuju gak laa wehhh buat apa nak on azan kat phone tu 5x sehari kuat2
Quote SalenaGomez 25-1-2024 05:54 PM
gigahertz replied at 13-11-2023 02:07 AM
ikutkan bila pasang al quran kena duduk diam dengar jangan buat apa2.

Betul. Al quran ni utk duduk dgr dan hayati. Al-quran tu kalamullah. Bkn sambil2 buat benda lain kalau pasang zikir oklah.

SG suspect roomate dia ni nak elak gangguan ni. Apa2 pon x salah utk cuba terus terang dgn room mate tu dahulu. X leh terus assume kalau tegur anggap diri jahat
Quote SalenaGomez 25-1-2024 05:55 PM
Meiizu replied at 25-1-2024 01:49 PM
Mcm kes viral kat spore baru2 ni kann....cainis tu amuk bunyi phone azan.
Kdg aku pun rasa setuju  ...

Azan phone tu sekejap je. Slalu nya sampai lafaz azan kedua. Bkn full pon. Kalau letak dlm bag, x kuat pon bunyi nya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.127981 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top