CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Lelaki Menyesal 'Judge' Remaja Bising Dalam Masjid

7-11-2023 10:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1253| Komen: 1

Description: Menerusi satu perkongsian di X, seorang lelaki mengakui menerima pengajaran bermakna apabila dia bersikap terlalu cepat menghakimi (judge) seseorang.Menurutnya, peristiwa berlaku ketika dia sedang ber ...
Menerusi satu perkongsian di X, seorang lelaki mengakui menerima pengajaran bermakna apabila dia bersikap terlalu cepat menghakimi (judge) seseorang.

Menurutnya, peristiwa berlaku ketika dia sedang berada di sebuah masjid dan berasa rimas dengan dua remaja yang bising di ruangan solat.


Gambar hiasan

"Ada satu pagi ni aku dekat masjid, muncul dua budak duduk main phone sambil gelak-gelak. Aku macam... budak ni dah kenapa nak bising-bising dekat sini.

"Tak lama selepas aku berfikiran macam tu, ada seorang lelaki lanjut usia duduk di sebelah mereka. Budak-budak tu tolong pakcik tu untuk duduk.

"Dan kemudiannya, masjid tiba-tiba kecoh apabila ada seorang jemaah masjid di saf depan pengsan. Dan cuba teka siapa yang paling cepat bangun untuk tolong? Budak-budak bising yang aku cakap tadi.

"Mereka ni duduk empat saf di belakang, seorang budak tu pantas pergi carikan air dan seorang lagi budak tu tolong pegangkan pakcik yang pengsan," kata lelaki itu.


Insiden itu memberikan tamparan hebat kepada lelaki tersebut yang pada mulanya berprasangka buruk terhadap dua remaja berkenaan.

"Istighfar panjang aku. Dosa aku dengan mereka sebab berfikiran begitu, Allahu.

"Sebenarnya aku bersyukur sebab setiap kali aku meletakkan sangkaan terhadap seseorang, Tuhan terus tunjuk yang aku salah," kata lelaki itu mengambil iktibar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-11-2023 11:49 AM
Ya Allah hasanahnyer citer ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.040312 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top