CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 1

Lelaki Menyesal 'Judge' Remaja Bising Dalam Masjid

[Copy link]
Post time 7-11-2023 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi satu perkongsian di X, seorang lelaki mengakui menerima pengajaran bermakna apabila dia bersikap terlalu cepat menghakimi (judge) seseorang.


Menurutnya, peristiwa berlaku ketika dia sedang berada di sebuah masjid dan berasa rimas dengan dua remaja yang bising di ruangan solat.


Gambar hiasan




"Ada satu pagi ni aku dekat masjid, muncul dua budak duduk main phone sambil gelak-gelak. Aku macam... budak ni dah kenapa nak bising-bising dekat sini.


"Tak lama selepas aku berfikiran macam tu, ada seorang lelaki lanjut usia duduk di sebelah mereka. Budak-budak tu tolong pakcik tu untuk duduk.


"Dan kemudiannya, masjid tiba-tiba kecoh apabila ada seorang jemaah masjid di saf depan pengsan. Dan cuba teka siapa yang paling cepat bangun untuk tolong? Budak-budak bising yang aku cakap tadi.


"Mereka ni duduk empat saf di belakang, seorang budak tu pantas pergi carikan air dan seorang lagi budak tu tolong pegangkan pakcik yang pengsan," kata lelaki itu.


Insiden itu memberikan tamparan hebat kepada lelaki tersebut yang pada mulanya berprasangka buruk terhadap dua remaja berkenaan.


"Istighfar panjang aku. Dosa aku dengan mereka sebab berfikiran begitu, Allahu.


"Sebenarnya aku bersyukur sebab setiap kali aku meletakkan sangkaan terhadap seseorang, Tuhan terus tunjuk yang aku salah," kata lelaki itu mengambil iktibar.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 11:49 AM | Show all posts
Ya Allah hasanahnyer citer ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.185920 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list