CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Suami Guna Taklik Halang Isteri Beli Susu Formula Jenama Sokong Israel, Ibu Serba Salah Tengok Bayi Sakit Tak Serasi Produk Baharu

4-11-2023 07:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2207| Komen: 2

Description: Seorang wanita mendedahkan dia dan suami turut memboikot jenama susu formula yang diminum bayinya kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.Ekoran tindakan itu, bayinya yang berusia enam bulan men ...
Seorang wanita mendedahkan dia dan suami turut memboikot jenama susu formula yang diminum bayinya kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Ekoran tindakan itu, bayinya yang berusia enam bulan mengalami pendarahan ketika membuang air besar, dipercayai tidak serasi dengan susu formula baharu.


Gambar hiasan

Namun ujar si ibu dia tiada pilihan untuk kembali menggunakan jenama susu sebelum ini kerana perlu patuh kepada arahan suaminya.

"Assalamualaikum semua, ada yang pengalaman baby buang air besar berdarah tak? Anak saya enam bulan, sejak mula kempen boikot dah tukar susu empat kali daripada susu asal.

"Dah jumpa doktor, cuma dapat air garam dan krim sapu sahaja. Doktor nasihatkan untuk tukar susu lain. Tapi saya terikat dengan taklik kalau bagi anak minum susu yang diboikot, nanti jatuh talak.


"Jadi ibu-ibu lain boleh cadangkan saya susu lain tak? Saya pun dah cuba beberapa susu jenama lain. Tolong bantu saya. Saya buntu," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Pertanyaan wanita itu dibuat menerusi kumpulan Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Gambar hiasan

Tangkap layar hantaran itu yang meraih pelbagai reaksi pelayar Facebook turut menjadi topik perbualan di laman X selepas ia disebarkan oleh seorang netizen.

"Saya rasa ia semakin tak masuk akal. Boikot guna akal, bukan guna emosi atau sentimen," ciap @asrulmm di laman X pada Jumaat.

Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen turut meluahkan rasa berang akan kedangkalan pasangan itu sehingga menjejaskan kesihatan bayi mereka.

Pada masa sama, netizen turut menyelar suami kepada wanita itu yang tergamak menggunakan taklik untuk perkara yang tidak masuk akal.

"Ajal maut takdir di tangan tuhan, tapi kalau tak gunakan akal kesian anak dapat mak bapa macam ni.

"Tinggallah suami akak tu. Macam bodoh je. Isu boikot sampai ikat guna taklik. Sekarang yang susahnya dekat anak.

"Suami tu tak ada otak ke apa? Anak dah sakit macam ni, boleh pula ada terikat dengan taklik," tulis beberapa netizen.

Untuk pengetahuan bersama, taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan taklik berkenaan.

Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik, maka berlakulah perceraian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingsiti 13-11-2023 04:23 PM
Alahai kak.. anak baru umur 6 bulan dah lafaz taklik macam tu, nanti dah 6 tahun?
Quote ezacbee 14-11-2023 08:38 AM
Bercerai jelah.

Payah klo laki bodo sangat.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.238453 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top