CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Tak Jadi Kahwin Sudah Diselesaikan Secara Baik - Syafiq Kyle

16-9-2023 06:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21768| Komen: 27

Description: Pelakon Syafiq Kyle sudah menyelesaikan isu membatalkan perkahwinan dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara keluarga kedua-dua belah pihak.Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, bagaima ...
Pelakon Syafiq Kyle sudah menyelesaikan isu membatalkan perkahwinan dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, bagaimanapun berkata, dia tidak perlu memperincikan perkara itu kepada umum dan berharap ia tidak lagi dibangkitkan selepas ini.



"Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah pun menyelesaikan perkara ini secara baik di antara kami.

"Saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut dan harap tiada lagi 'follow up' selepas ini. Itu sahaja jawapan saya," katanya kepada mStar.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem berjudul Doh yang berlangsung pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, buat masa ini dia enggan berfikir mengenai perkara lain selain memberi fokus kepada karier dan keluarga yang menjadi tulang belakangnya.


Bagaimanapun pelakon itu tetap berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang hal itu memandangkan dia mengambil pendekatan mengunci mulut sejak berita pembatalan pernikahannya dilaporkan media.


"Saya ambil maklum mengenai isu ini dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya.

"Saya harap isu ini tidak lagi diulas dengan lebih lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak.

"Buat masa sekarang biarlah kami mengambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada keluarga dan karier," jelasnya.

Sementara itu, Syafiq juga enggan mengulas berhubung khabar angin mengatakan isu dia dan Mimi tidak jadi berkahwin disebabkan dirinya.

"Maaf, soalan lain," ujarnya ringkas.

Mimi dan Syafiq sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun jemputan majlis itu mendapat kiriman emel memaklumkan majlis itu dibatalkan pada 11 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Doh merupakan naskah sulung yang dihasilkan oleh produksi Syafiq iaitu Indigo Films.

Filem ini mengishakan Faiz yang dilakonkan Syafiq tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya.

Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut.

Selain Syafiq, Doh juga dibintangi Sherlyn Seo, Fabian Loo, Fatimah Abu Bakar, Aida Amron, Fariz Isqandar dan ramai lagi.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikenit2007 16-9-2023 08:31 PM
Mmg tiada jodoh antara korang
Quote akuHavocczz 16-9-2023 08:35 PM
Makna nya tak jadi terus lah ek?
Quote cik_ingeniare 16-9-2023 08:47 PM
Takde jodoh ni.. baguslah dari diteruskan.. karang tak bahagia kalau paksa paksa ni.. patut dari awal lagi tak yah sampai bertunang bagai.. apa apa pun, moga keduanya bahagia dgn pilihan masing masing
Quote virgocircus 16-9-2023 09:17 PM
Ya la tu...tiada jodoh. Baik berpisah dari merana kendian hari.
Quote wafeloren 16-9-2023 09:27 PM
Mimi kalau jmpa org baru jgn takut untuk proceed if he is the one. Mcm intan ladyana. Its ok to move on cari kebahagiaan sendiri.
Quote bambimo 16-9-2023 09:46 PM
Ok Ada juga org Komen..baru Aku faham Jadi ke tak sebenarnya..sbb dr Komen si syafiq..aku xfaham..Teruk benar comprehension aku..at least mereka Masih berkawan Baik..
Quote bottombikini 16-9-2023 09:49 PM
ada benda yg tak dpt didedahkan la tu sbb si sapik pusing2 story
takpe tgh laku ni belakon je dulu
nanti jumpa la tu yg mcm nur
Quote Hoola 16-9-2023 09:51 PM
so postpone kah
msg2 dh solo kah
kalu achik2 porum nk ngoeat safik kiranya line clear la kan
Quote winky1 16-9-2023 09:56 PM
Straightforward kan.Tak jadi kahwin.
Case closed
Quote Rogue98 16-9-2023 10:00 PM
Red Flag lah kau ni shafik. Jawab pun berbelit2.
But oklah ...mmg tak suka ML dgn dia ni....mcm dah boleh agak jenis suami yg pemalas kat rumah..and poyo mcm si wukong.
Quote Insomniacs 16-9-2023 10:27 PM
Mimi dah dgn merqeen ke skrg?
Quote missbigrockstar 16-9-2023 10:40 PM
Boring
Quote zallama 16-9-2023 10:54 PM
Cari j  orang laen mimi.sapik reben  j pon
Quote ayra.e 17-9-2023 01:05 AM
Entah siape yg salah ku tak tahuuuuuu
Quote immortallez 17-9-2023 01:26 AM
Dorang ni mmg dr awal tak ada jodoh tp ML mcm try hard utk make sure relationship dorg works. Elok la tak jd kawin drpd kawin & end up tak happy. Aku rasa Syafiq tak brapa cinta sgt kt ML
Quote matjerk 17-9-2023 01:28 AM
Maaf bertanya, Syafiq Kyle 6pax tak?
Quote bukan_ustazah 17-9-2023 02:25 AM
Sian perempuan tu kalau tak suka cakap dari awal
Quote Pak.dolla 17-9-2023 07:55 AM
baik mimi ni...wpun blkg ciket xnk dia....
dia takda la gigih mengajak rakan retis, pemenat, pemenat rakan retis lain, mua, krew, cleaner, emak, adik-beradik, family, tealady semua utuk boikot ex tunang....mcm si sendok tu tunang pun bukan...laki pun bukan...
Quote imanjannah 17-9-2023 08:24 AM
moga baik2 aja utk kedua2nya

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053376 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top