CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Nak Berpura-Pura Sangat Susah' - Norreen Iman

16-9-2023 01:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5135| Komen: 19

Description: Biarpun tidak terlepas menjadi mangsa kecaman, pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman, 29, enggan ambil peduli, sebaliknya mahu fokus menghasilkan kandungan jenaka seperti d ...
Biarpun tidak terlepas menjadi mangsa kecaman, pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman, 29, enggan ambil peduli, sebaliknya mahu fokus menghasilkan kandungan jenaka seperti dilakukan.


Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, dia lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura.


Bagaimanapun, pelakon drama Cina Buta itu tetap bersyukur masih ada peminat sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya.

"Sejak mula buat kandungan dalam media sosial, saya cuba untuk berlaku sopan. Tetapi, rasa seperti saya sedang 'sesak nafas'.

"Nak berpura-pura sangat susah. Jadi, saya buat sahaja seperti biasa dan jadi diri sendiri.

"Cuma saya faham, saya bermula selepas berkahwin dan sudah ada anak. Disebabkan itu, orang luar pandang saya sebagai ibu dan isteri, tetapi saya tetap lantang dalam media sosial.


"Saya faham ada yang boleh terima dan sebaliknya. Tetapi, jika saya asyik memikirkan netizen, saya sendiri akan rasa lemah.

"Pada masa sama, saya tetap percaya dalam yang tak suka, pasti ada yang gembira dengan kandungan saya dalam media sosial," katanya kepada BH Online.


Norreen berkata, tiada keperluan untuknya terus memikirkan orang yang ingin melihatnya jatuh kerana masih ada yang konsisten memberi sokongan.

"Saya terima banyak mesej beritahu terhibur melihat video saya. Kalau ada yang rasa murung, tetapi nak cuba gelak tontonlah video saya.

"Jadi, saya hanya fokus kepada orang yang menyokong saya. Tetapi, saya tak boleh cakap apa kalau ada orang hendak kecam sebab siapalah saya.

"Kalau saya yang muat naik video, saya jugalah perlu hadap apa yang bakal terjadi," katanya.

Norreen pernah menembusi kelompok Top 5 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 berkata, dia hanya mengambil kritikan membina supaya mampu memperbaiki kekurangan diri.

"Kalau komen negatif saya hanya biarkan sahaja. Kalau dahulu, saya memang nak tahu bagaimana maklum balas netizen terhadap video dihasilkan.

"Jadi, saya boleh belajar dan ubah apa yang patut sekiranya ada orang tak suka. Sebenarnya komen seperti itu bagus juga sebab ia mengajar saya.

"Jika terlalu teruk, saya abaikan sahaja," katanya yang membintangi drama baharu, Aku Hanim arahan Uzair Haqimy yang kini disiarkan di Astro Ria.

Mengulas kerjaya lakonan begitu rancak, ibu kepada dua anak itu bersyukur bakatnya semakin diterima.


"Boleh dikatakan, saya sudah semakin sebati dengan dunia lakonan dan dalam proses cuba membiasakan diri.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon drama atau teater termasuk program di stesen televisyen (TV) juga sentiasa ada.

"Jadi, saya fikir ini adalah peluang yang tidak boleh dipersia-siakan dan akan terus berusaha sebaiknya," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mh17 16-9-2023 05:00 PM
kah,sendu.aku je yg kmen.nak bgtau,ko bsuk doh
Quote lostnfaun 16-9-2023 07:41 PM
Siapa minah nie?
Quote buapakperut 16-9-2023 08:14 PM
siyesly sheol baru 29??
Quote Sunkiss8999 16-9-2023 08:46 PM
Muka da la macam najwa latip..tapi versi tembam n x sopan..kikiki
Quote Perawankota 17-9-2023 02:34 AM
Nampak tua dari umur.. anyway, aku rasa pelakon2 dalam series Aku Hanim ni mcm yo yo o jer… yang hanim tu jer lah ok sikit.. yang lain2 tu over nya…
Quote awenda507 17-9-2023 01:28 PM
Aku igtkn umo dia dh almost 4 series. Muda lg rupenye
Quote t_hahahaha 17-9-2023 02:33 PM
ingat content dia pakai telekung tu. sebijik najwa latif yang comel. tapi why perlu warna rambut gitu eh.

ye laa ingatkan dia dah late 30s.
Quote ketambangkang 17-9-2023 02:46 PM
bingit betul dia dgn si aya kepam tu
Quote Janetnasuha 17-9-2023 02:52 PM
Muslim ke?
Quote winky1 18-9-2023 07:31 AM
Semoga tenang menjadi diri sendiri.
Quote perrrghhhh 18-9-2023 09:36 AM
boleh jadi diri sendiri, tapi benda benda dalam kain & benda benda yang tak sesuai di perkatakan di public, keep it low

hudoh & buruk sebenarnya

esok esok tua tua, takut menyesal bila re-visit balik video video lama

banyak ja pelawak pelawak lain, yang kekal relevant sampai hari ni, maintain tanpa main unsur unsur dalam kain

Quote mawarputih2612 18-9-2023 09:38 AM
muda lagi rupanya
Quote bulalof 18-9-2023 10:11 AM
hanyir bau air limbah.
Quote Lorra2411 18-9-2023 11:36 AM
umur dia baru 29??? biar betik... iolss ingat umur dia nak 40an...
Quote sayurmayur88 18-9-2023 12:51 PM
muka sebij najwa latiff
Quote cikX87 18-9-2023 01:35 PM
29? ayooo.
Quote supernaturalee 18-9-2023 02:21 PM
mane ke forummer norreen tu
komen2 nya sentiasa berkait dgn si noreen ni
Quote anony-mous 18-9-2023 02:24 PM
Perangai muka setara. Semua org pon xnk fake tp fikir ada iman, ada agama
Quote anony-mous 18-9-2023 02:31 PM
Sunkiss8999 replied at 16-9-2023 08:46 PM
Muka da la macam najwa latip..tapi versi tembam n x sopan..kikiki

Najwa lg tua dari kn? Tp nmpk najwa mcm adk dia. 1 pghinaan utk najwa bila org ckp muka mcm noreen pig

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top