CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengikut Naik 25,000 Orang Bukti Ramai Sokong Fasha Sandha

16-9-2023 07:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17984| Komen: 43

Description: Pelakon, Fasha Sandha mendedahkan akaun Instagramnya meraih 25,000 pengikut baharu selepas video berendam dalam jakuzi bersama suami, Aidil Aziz tular tular dan dikecam ramai. Katanya, dia tidak menya ...

Pelakon,  Fasha Sandha mendedahkan akaun Instagramnya meraih 25,000 pengikut baharu selepas video berendam dalam jakuzi bersama suami, Aidil Aziz tular tular dan dikecam ramai.


Katanya, dia tidak menyangka ramai memberikan sokongan padu ketika isu sedutan promosi bersama suami bagi sebuah produk jenama jamu dikatakan mendorong netizen ‘unfollow’ akaun media sosialnya.



"Sebenarnya saya terharu apabila menyedari lebih ramai beri sokongan berbanding melihat perkongsian yang saya lakukan atas dasar kerja itu sebagai isu buruk bersandarkan maklum balas di Instagram.


“Situasi ini dibuktikan menerusi peningkatan jumlah pengikut baharu melebihi 25,000 menjadikan jumlah keseluruhan followers saya kini sebanyak 5.3 juta orang.


“Ikutkan individu yang ‘unfollow’ saya tak sebanyak angka pengikut baharu, sekali gus menunjukkan ramai memahami tujuan video tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Inayah Beauty, di sini, hari ini.


Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, itu diangkat sebagai duta untuk produk Beunita selain diarak ke pentarana bersama suami seperti pengantin baharu.


Menurut Fasha lagi berhubung kecaman ramai mengenai pelakuan mereka yang disifatkan melampau, dia mengatakan tidak mampu menghalang pandangan ramai.


Begitupun, dia percaya orang sekeliling akan lebih memahami tujuan sebenar apabila video promosi yang sepenuhnya dilancarkan hari ini.


Malah pelakon drama Rampas Cintaku itu menafikan tindakan mengarkibkan video tersebut disebabkan kecaman ramai selepas tular.



Apa yang dipertontonkan hanya beberapa peratus saja daripada keseluruhan bahan promosi iaitu babak hujung kisah, jadi mungkin orang salah tafsir sedangkan ada cerita di sebaliknya. Tapi terima atau tak, hak masing-masing.


"Video jakuzi itu bukan saya padam, sebaliknya saya arkibkan kerana menunggu video penuh hari ini. Bukan sebab kecaman. Pandangan orang pun saya tak boleh kawal,” tambahnya.


Ditanya penerimaan sekeliling terutama keluarga, akui Fasha mereka semua faham itu hanya tuntutan tugas selain sudah biasa berkasih sayang sesama ahli keluarga.


“Ini tidak keterlaluan bagi kami. Saya post sebab mahu bagi contoh untuk orang terus berkasih sayang terutama yang lama berkahwin macam saya dan Aidil.


“Kami masih ada perasan tak sabar berjumpa lepas kerja dan walaupun di set penggambaran saya pastikan keperluannya dijaga.


“Bukan nak menunjukkan kita bahagia. Kami pun nak bagi contoh pada anak-anak untuk saling menyayangi. Anak-anak pun begitu sampai lima kali sehari kata ‘I love you’ kepada kami.


“Secara peribadi saya rasa netizen tak salah kalau tersilap tafsir,” luahnya lagi yang mengesahkan videonya dan suami meraih lebih sejuta tontonan.



Terdahulu, Fasha Sandha memohon maaf berhubung perkongsian rakaman babak intim dalam air bersama Aidil Aziz yang dimuat naik dalam Instagram, baru-baru ini.


Sedutan video aksi mesra suami isteri itu mengundang pelbagai komen termasuk agamawan dikatakan hanya gimik untuk promosi jamu. 



Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diamondmoney 16-9-2023 08:54 PM
Couple sangap
Quote menjad 16-9-2023 08:56 PM
25k mata memandang bayangkan dosanya tuhhhh.
Quote virgocircus 16-9-2023 09:14 PM
Ni sbb dah kurus ke makin menjadi2? Ataupun si edel ni sejenis rajin melayan bini, tu yg masing2 naik sheikh.
Quote love_warrior 16-9-2023 09:22 PM
makin byk cakap, makin byk salah.. DIAM JE LA...
Quote MisXoXo 16-9-2023 10:31 PM
Kena segera kuruskan badan..utk segera dpt job.edel dpt tempiaslah sekali ..sbb perlukan pasangan..apadahal nk fenin2..edel umah pun duk dgn pasah..xyah bayo umah tu..dia pk ank dia aja sbb dua anak jejai..jejai settle..jadinya..hidup aman2 ajaaaa
Quote soulmatte 16-9-2023 10:54 PM
Ini lah yg dikatakan jahil murakab..walau pun suami isteri aurat kena lah jaga..tahniah lah sebab dh berjaya dayus kan suami..semoga sempat bertaubat sebelum ajal..Aamiin
Quote SpyLeman 16-9-2023 11:09 PM
Kesiannn...besar ujian ko bila kurus ni pasah. Aku x expect ko jadi mcm mizznina atau lisa surihani pun. Tapi at least ko jadilah isteri dan menantu yg boleh dibanggakan dan tak digelakkan oleh mantan keluarga prominent. Kalau gini kau akhiri hidup dgn Edel, mmg seluruh kaum kerabat keluarga prominet bersyukur ko berserai dulu. Anak2 ko pun dah mcm anak rempit Lembah Keramat
Quote Mademoisellee 16-9-2023 11:11 PM
Macam2 statement kau keluar ya semata2 nak justify/halalkan perbuatan kau. Pasah..pasah tak pernah berubah
Quote puanserama 16-9-2023 11:14 PM
Followers naik xsemestinya sokong. Org malaysia kebanyakan nya kepoh saja
Quote epal_putih 16-9-2023 11:15 PM
Setat dah ada yg tegur..
Quote newyork 16-9-2023 11:15 PM
Followers nak mengeji je aaa...ee tak malu
Quote Hoola 16-9-2023 11:16 PM
watak mil* dgn hanak hikan pun dh pegang dgn jynya
setakat nk beramasmesra dgn laki dpn publik
apadehalll
laki pun sportim kann
Quote tahanie 16-9-2023 11:41 PM
Seriuslah bapak mimah bagi dia pakai gitu?
Quote doubleA 17-9-2023 12:24 AM
Gelinya tengok edel menari dgn pasah, buang tebiat je nampak tak sweet langsung. Cara edel pandang pasah pun menggelikan
Quote Perawankota 17-9-2023 02:23 AM
doubleA: Gelinya tengok edel menari dgn ...


Sebab dua2 tak pandai menari kan… Nasib baik zaman sekarang dah tak der rancangan sehati berdansa.. Kalau tak, mesti couple ni masuk and every week Akan menyakitkan mata…
Quote babynina30 17-9-2023 08:55 AM
Rambut kejong gitu
Bdn kuruih kedengkeng
I igt sajat td

Tp vid soft porn dia tu mmg geli gila yach
Euwww sgttt
Level tersangkak abad ke 17 masihi
Quote Glass_shoes 17-9-2023 09:20 AM
Perawankota replied at 17-9-2023 02:23 AM
Sebab dua2 tak pandai menari kan… Nasib baik zaman sekarang dah tak der rancangan sehati berdansa ...

Rancangan sehati berdansa..Memang badi betul..Entah berapa dah yg cerai
Quote Perawankota 17-9-2023 09:48 AM
Glass_shoes replied at 17-9-2023 09:20 AM
Rancangan sehati berdansa..Memang badi betul..Entah berapa dah yg cerai

Rancangan ni jugak kan yg mula2 pengacara Scha dgn Fahrin… Pastu awal pengganti
Quote Piramida 17-9-2023 09:57 AM
“Bukan nak menunjukkan kita bahagia. Kami pun nak bagi contoh pada anak-anak untuk saling menyayangi. Anak-anak pun begitu sampai lima kali sehari kata ‘I love you’ kepada kami.

Bukan dgn cara video ala2 porno separuh bogel cam tu kot... Walaupun laki bini.

Itu if org tahu laki bini. Mif org x tahu ko laki bini? Nanti budak2 dok ingat normal je buat gitu.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.293828 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top