Apa yang dipertontonkan hanya beberapa peratus saja daripada keseluruhan bahan promosi iaitu babak hujung kisah, jadi mungkin orang salah tafsir sedangkan ada cerita di sebaliknya. Tapi terima atau tak, hak masing-masing.
"Video jakuzi itu bukan saya padam, sebaliknya saya arkibkan kerana menunggu video penuh hari ini. Bukan sebab kecaman. Pandangan orang pun saya tak boleh kawal,” tambahnya.
Ditanya penerimaan sekeliling terutama keluarga, akui Fasha mereka semua faham itu hanya tuntutan tugas selain sudah biasa berkasih sayang sesama ahli keluarga.
“Ini tidak keterlaluan bagi kami. Saya post sebab mahu bagi contoh untuk orang terus berkasih sayang terutama yang lama berkahwin macam saya dan Aidil.
“Kami masih ada perasan tak sabar berjumpa lepas kerja dan walaupun di set penggambaran saya pastikan keperluannya dijaga.
“Bukan nak menunjukkan kita bahagia. Kami pun nak bagi contoh pada anak-anak untuk saling menyayangi. Anak-anak pun begitu sampai lima kali sehari kata ‘I love you’ kepada kami.
“Secara peribadi saya rasa netizen tak salah kalau tersilap tafsir,” luahnya lagi yang mengesahkan videonya dan suami meraih lebih sejuta tontonan.
Terdahulu, Fasha Sandha memohon maaf berhubung perkongsian rakaman babak intim dalam air bersama Aidil Aziz yang dimuat naik dalam Instagram, baru-baru ini.
Sedutan video aksi mesra suami isteri itu mengundang pelbagai komen termasuk agamawan dikatakan hanya gimik untuk promosi jamu.
Sumber: Kosmo! Online