CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ujian Peluru Berpandulah, Bukan UFO!

13-11-2015 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4999| Komen: 8

Description: Baru-baru ini, ujian peluru berpandu di luar pantai California mencetuskan kekecohan di media sosial apabila orang ramai menyangka mereka melihat objek terbang yang tidak kenali (UFO).



sumber foto : http://assets.hmetro.com.my/



Fenomena UFO memang sering didengar sejak dari dulu lagi di seluruh dunia, cuma kesahihan apa yang dikhabarkan itu sering diragui. 

Baru-baru ini, ujian peluru berpandu di luar pantai California mencetuskan kekecohan di media sosial apabila orang ramai menyangka mereka melihat objek terbang yang tidak kenali (UFO).

Hashtag di Twitter #Navy, #comet dan #UFO menjadi perbicaraan hangat selepas pengguna media sosial memuatnaikkan video dan gambar cahaya misteri yang menerangi angkasa lepas dalam kegelapan malam.


Akhbar San Diego Union melaporkan, cahaya itu boleh juga dilihat penduduk di Nevada dan Arizona sementara pihak berkuasa menerima banyak panggilan melaporkan kejadian itu.


Bagaimanapun, ketika orang ramai sibuk meramalkan dunia akan kiamat berikutan kejadian itu, pegawai mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kejadian itu.

Menurut Komodor Tentera Laut Ryan Perry, program Sistem Strategik Tentera Laut melakukan ujian peluru berpandu Trindent II di laut dari USS Kentucky (kapal perang) di Lapangan Ujian Pasifik di luar pantai California Selatan.

Tambahnya lagi, ujian itu diadakan seperti yang dijadualkan sebelum ini.



sumber info : www.mynewshub.com.my

16

Bagus
9

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 13-11-2015 02:09 PM
macam yang orang rakam dekat klia tu ke? malaysia pun ada test peluru berpandu kah?
Quote Artemesiaa 13-11-2015 05:59 PM
So terbuktilah bukan semua yang bercahaya tu UFO kadang ujian senjata baru je
Quote sekngucing 14-11-2015 12:54 AM
tu son goku
Quote abbyhoney 16-11-2015 05:02 PM
BebeQ replied at 13-11-2015 02:09 PM
macam yang orang rakam dekat klia tu ke? malaysia pun ada test peluru berpandu kah?

pelik kan? mcm juga bunyi kuat kt langit tu dan saya dgr sendiri di tengah2 bandar kl...kata yg komen itu bunyi siren gempa bumi tapi dlm KL ptg hari dalam pukul 5 lebih bln april thn ni...gempa bumi kah? org mungkin ingat bunyi mesin gerudi kot sebab memang ada construction kat situ tapi saya setiap hari dgr bunyi construction tu...dan bunyi kuat yg saya dgr tu memang lain dari bunyi construction tu...memang kuat giler..sama mcm yg saya dgr dlm youtube tu...
Quote BebeQ 17-11-2015 11:41 AM
abbyhoney replied at 16-11-2015 05:02 PM
pelik kan? mcm juga bunyi kuat kt langit tu dan saya dgr sendiri di tengah2 bandar kl...kata yg ko ...

uols sorang je ke yang dengar? atau ada orang lain dengar sama?
Quote abbyhoney 17-11-2015 12:10 PM
saya dlm toilet opis masa tu tak de la nk bwk hphone...waktu tu ramai dah balik..masa dgr tu saya terfikir juga..eh bunyi gerudi tu ke? tapi lama2 dgr memang lain..memang kuat sungguh2...mcm bunyi dari atas langit.....meremang jugalah bulu roma..dlm 5 minit juga saya dgr...entahlah...wallahuallam...
Quote supernaturalee 17-11-2015 12:50 PM
abbyhoney replied at 17-11-2015 12:10 PM
saya dlm toilet opis masa tu tak de la nk bwk hphone...waktu tu ramai dah balik..masa dgr tu saya te ...

uol dlm toilet ms tu?
memerut eh?
5 min katanya...

anyway...dlm toilet kn mcm bergaung sbb bnyk space
so maybe bunyi terkumpul yg dtg dr luar
yg mampu hasilkan bunyi kuat semcm ms tu


klu bkn syukur lh msh blh jalani kehidupan spt biasa









Quote abbyhoney 17-11-2015 12:59 PM
supernaturalee replied at 17-11-2015 12:50 PM
uol dlm toilet ms tu?
memerut eh?
5 min katanya...

saya dlm toilet tapi bukan dlm bilik memerut..hahaha...toilet tu besar...tingkap atas panjang dan terbuka..saya berdiri betul2 menghadap tingkap....tingkap memang tak tutup..saya tingkat paling atas... memang bunyi dari luar tingkap...saya perhati je langit tu tapi tak nmpak pulak apa2 yg pelik...bunyi je...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.300636 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top