CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senang Saja Nak Disayangi Isteri, Teliti Tips Yang Tertera!

9-11-2015 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3779| Komen: 2

Description: Apa yang penting luangkan lebihkan masa bersama keluarga, kalau boleh setiap tahun merancang perjalanan bercuti di dalam atau luar negara supaya anak dan bini betul-betul merasai masa yang berkualiti ...


Oleh : TS LOO

sumber foto :http://my.theasianparent.com/



Ramai di kalangan suami sering merungut kepada kawan rapat mereka mengatakan isteri sikit-sikit melenting dan marah, ada saja perkara yang dilakukan tidak menepati kehendak isteri.


Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak, kasih sayang isteri lebih tertumpu ke atas anak-anak, sehinggakan si suami rasa amat kecil hati dan terkilan.


Namun demikian, ada beberapa tips yang boleh dirujuk yang dapat membantu si suami lebih disayangi isteri.




sumber foto : http://www.daddyfiles.com/


1.Komunikasi
Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.


2.Prihatin
Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.


3.Memahami
Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Sebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.


4.Tegas
Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.


sumber foto : https://typeachecklist.files.wordpress.com/


5.Simpati
Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.


6.Romantis
Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Apatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran dan sebagainya.


Wahai si suami di luar sana, bukan susah sangat kan disayangi isteri? Apa yang penting luangkan lebih masa bersama keluarga, kalau boleh setiap tahun merancang perjalanan bercuti di dalam atau luar negara supaya anak dan bini betul-betul merasai masa yang berkualiti bersama anda sebagai suami dan ayah.




Sumber info : pesona pengantin

18

Bagus
7

Marah
26

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 9-11-2015 08:49 AM
kene ada unsur humor sikit
Quote Ipo 9-11-2015 08:56 PM
nak tambah..
ringan2 kan tulang ya..
menolong isteri di rumah..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.066893 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top