CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Bukan Islam Mempersoalkan Sejauh Mana Halalnya Vape?

9-11-2015 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13150| Komen: 68

Description: Walaupun selepas perbincangan dalam mesyuarat kabinet, vape diputuskan tidak akan diharamkan, tapi seorang wanita beragama Hindu memberi nasihatnya, " ingat, sebagai orang muslim, segala tingkah lak ...


Oleh : TS LOO

Memang tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini bilangan penghisap vape atau elektronik rokok kelihatan bertambah secara mendadak, di mana-mana saja pun boleh nampak ramai orang sedang menghisap vape, lebih-lebih lagi baru-baru ini kenaikan 40% harga rokok yang membebankan. 


Tidak kurang juga terdapat sebilangan orang memberi alasan menghisap vape bukan sahaja mampu membantu diri mereka berhenti dari tabiat merokok, malah lebih sihat, jadi akibatnya gejala menghisap vape menjadi satu trend terkini. 


Namun demikian, berdasarkan statistik kementerian kesihatan menunjukkan, terdapat 70% perokok tukar menjadi penghisap vape dikatakan semata-mata adalah untuk mengurangkan ketagihan terhadap rokok. 


Akan tetapi, akhirnya keadaan menjadi lebih memburukkan lagi dimana ianya bukan sahaja tidak dapat berhenti dari merokok, malah menjadi ketagih terhadap kedua-dua tabiat pula. 



Biarpun sebelum ini Kementerian Kesihatan ada keinginan untuk mengharamkan elektronik rokok atau vape secara menyeluruh, tetapi selepas perbincangan dalam mesyuarat kabinet, vape diputuskan tidak akan diharamkan. 



Bagaimana pun, samada vape diharamkan atau tidak, ia tetap merupakan isu hangat, sehinggakan ada orang menimbulkan persoalan samada vape memiliki sijil pengesahan halal atau tidak? 



Haram ke tidak vape dalam fatwa agama Islam? Sesungguhnya begitu, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini pernah menyatakan, keputusan kabinet tidak mengharamkan vape adalah berita baik kerana 95% peniaga vape terdiri daripada orang Melayu. 


Akan tetapi, bagaimana pula pandangan orang bukan Islam terhadap orang Islam yang menghisap vape?  Baru-baru ini, seorang wanita yang beragama Hindu, memberikan pandangan peribadinya berhubung persoalan samada vape itu memenuhi tuntutan halal dan samada penggunaan vape berlandaskan undang-undang negara. 



Wanita tersebut mengatakan, " sebagai seorang penganut agama Hindu, setiap kali menyediakan juadah untuk kawan muslim saya yang datang ke rumah saya, saya mesti akan memastikan segala makanan yang dihidangkan adalah halal, ini semestinya termasuk perkakas yang digunakan untuk memasak adalah bersih."


"Dalam ajaran agama saya, kalau memberi makanan tidak halal kepada orang Islam makan, ini sama juga macam kita memberi pengamal vegetarian makan daging, ia adalah satu kesalahan yang serious. "


Menurut dia lagi, apabila dalam ajaran Islam menyatakan rokok dan vape adalah haram, dia akan mengkategorikan kedua-duanya di dalam kumpulan yang sama seperti dadah, alkohol dan daging babi. 


"Apabila seorang muslim menghisap rokok, minum alkohol, atau makan daging babi, saya masih menghormatinya, tetapi tidak akan menghormati dia atas sebab dia seorang muslim."


Wanita tersebut turut megambil contoh beberapa tahun lalu ketika membeli mee goreng secara bungkus untuk seorang kawan muslim daripada seorang penjaja berbangsa Cina. Dia kata, pada masa itu dia mempersoalkan penjaja tersebut samada bungkusan mee goreng yang dibeli itu mengandungi daging babi dan alkohol.Termasuk daging ayam yang diguna pakainya itu samada dibeli daripada pembekal daging orang muslim.


Ketika itu, penjaja terbabit menjawab, "Haiya, rokok itu haram sama dengan daging babi tapi dia orang hisap juga, kenapa you nak susahkan diri, mereka orang muslim pun tidak kisahlah. 


Akhirnya, wanita tersebut memberi nasihatnya, " ingat, sebagai orang muslim, segala tingkah laku anda dijadikan contoh menerusi bual bicara orang lain. 


Kalau orang bukan Islam ada membaca artikel yang menunjukkan vape adalah haram dalam fatwa Islam, jadi bila mereka nampak anda hisap vape, maka pastinya mereka tidak akan menghormati anda. 


Kalau anda ingin memastikan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah yang halal, maka awal-awal lagi, anda perlu tunjukkan kepada orang bukan Islam yang anda menghormati tahap halal bagi makanan anda. - CARI Infonet

25

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciwi1166 9-11-2015 01:42 PM
betul la ape hindu tu cakap.

tapi islam melayu ni paham2 la.

yang haram babi, yahudi. lain sebat.
Quote Decaffeinated 9-11-2015 01:48 PM
gambar mokcik kertu hisap vape tu memang boleh menyebabkan rakyat benci vape

tapi ketahuilah mokcik tu dah memang perokok tegar to start with.... so vape tidak bersalah...

anyway, thread pasal hindu ni dah ada tapi seru spiderman80 pun tak guna wartawan Cari above the law...

Quote bluehedgehog 9-11-2015 01:51 PM
diamlah kapiaq
ni bisnes melayu
Quote aduhaiya 9-11-2015 01:59 PM
Tolong jawab wahai orang hisap Vape
Quote azharariff 9-11-2015 02:10 PM
Vapers mesti butthurt yg amat bila baca posting tu, ouch!
Quote krustykrab 9-11-2015 02:17 PM
bluehedgehog replied at 9-11-2015 01:51 PM
diamlah kapiaq
ni bisnes melayu

dlm kes ni aku sokong hg 100%



Quote sarahmirza 9-11-2015 02:29 PM
Orang Melayu, babi, anjing je yang haram. Yang lain-lain tak.  Orang Islam, dia tahu yang mana haram dan halal.

Malay v Muslim.
Quote batmana 9-11-2015 02:35 PM
wat malu kaum aja.

Quote aHoi83 9-11-2015 02:59 PM
Eh ASB pun haram kan.
Quote gaara_X 9-11-2015 03:08 PM
kekadang bila orang cakap benda betul kita memekik melolong...walhal benda itu mmg jelas akan ashihnya...
Quote GhostWalking 9-11-2015 03:13 PM
Tan siew loo apasal attack pelempuan saja?lelaki halal meh isap vape?aiyaaaaaa
Quote GhostWalking 9-11-2015 03:13 PM
Kasi lain gambar sekali la Tan Siew Loo itu lelaki pakai saraban
Quote CARI-LTS 9-11-2015 03:24 PM
GhostWalking replied at 9-11-2015 03:13 PM
Tan siew loo apasal attack pelempuan saja?lelaki halal meh isap vape?aiyaaaaaa

Yeke....Hahaha, sorry tak perasan... pulakkkk..
Quote joeyss 9-11-2015 03:30 PM
sensasi betul isu vape ni.. sampai isu IMDB padam
Quote GhostWalking 9-11-2015 03:45 PM
CARI-LTS replied at 9-11-2015 07:24 AM
Yeke....Hahaha, sorry tak perasan... pulakkkk..

kredit m.says.com


Quote GhostWalking 9-11-2015 03:47 PM
aku rasa yang set2 amik gambar bagai ni poseurs jah lah
Quote Skuau 9-11-2015 03:47 PM
'Siapa makan cili dialah terasa pedas'.
Quote VirginLady 9-11-2015 03:49 PM
aku rasa aku dah citer dulu kat forum ni..xper aku citer balik

masa tu tengah afternoon break from events la ni, kitaorg ramai2 kumpol nak makan. kat foodcourt so macam2 la makan ikut sedap tekak. tengah makan2 ni, sorang brader tiba2 tanya kat brader seblah dia (sesama crews),

'eh bro is that pork?'
'hah mana?' brader tgh mencekik tu serta merta stop makan, sambil belek2 daging dalam food dia, hesitated

aku dok seblah tengok je..pastu dia kata

'bukan apa, vavi tu haram kan..i x makan'

elok je dia cakap, mata aku and mata dia melirik pada segelas beer elok parking depan dia


krik....krik...krik...


Quote reeny 9-11-2015 03:59 PM
Melayu tak semestinya Islam.... kalau Islam mesti dia tau yg mana halal, yang mana haram.. apa yg difatwakan haram tetap haram, janganlah bagi mcm2 alasan untuk menghalalkan yg haram...

yang pelik orang melayu nie bila sebut aje segala berkaitan dgn babi hampir keseluruhan org Melayu Islam akan cuba menjauhinya... tapi ramai melayu Islam yang terjebak dengan rokok, vape, arak, dadah, zina walaupun telah difatwakan haram..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063833 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top