CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk 67 Tahun Handal Main Kasut Beroda

27-10-2015 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9692| Komen: 5

Description: Supriyanto, 62, sebagaimana lapor portal Kompas.com memilih sukan kasut roda bagi mengisi hari tuanya selepas pertama kali diperkenalkan dengan sukan itu pada 2008 oleh saudaranya, Agus yang merupakan ...

Oleh : TS LOO

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Bermain kasut roda bukan sahaja diminati golongan muda kerana sukan ekstrem itu ternyata turut diminati seorang datuk berusia 67 tahun di wilayah ini.

Supriyanto buat pertama kali diperkenalkan oleh anak saudaranya Agus, seorang jurulatih kasut beroda berhubung sukan kasut beroda. 

Sejak itu, Supriyanto jatuh hati dan memilih sukan kasut beroda sebagai aktiviti sihat yang mengisi masa lapang di hari tuanya.


sumber foto : http://www.utusan.com.my/


Meskipun usianya telah lanjut, datuk yang mempunyai seorang cucu itu akan meluncur dengan kasut roda miliknya di jalan raya atau di tempat-tempat yang jarang dikunjungi orang ramai.

“Timbul minat ini dari Agus, dia sering main. Dari melihat sahaja jadi tertarik,’’ kata Supriyanto semasa ditemui di rumahnya di Gamping Lor, Sleman, Sabtu lalu.

Dari rasa tertarik itu, Supriyanto yang lebih mesra disapa Mbah Supri lantas mengikut setiap kali Agus melatih kanak-kanak bermain kasut roda.

“Oleh kerana ingin mencuba, setiap kali ada kasut roda yang tidak digunakan, saya akan ambilnya untuk berlatih,’’ katanya sambil ketawa.

Gelagat Mbah Supri ‘curi-curi’ menggunakan kasut roda dikesan Agus yang kemudiannya menawarkan warga emas itu belajar bermain sukan ekstrem berkenaan bersamanya.

“Bila sudah diketahui, saya ditawarkan latihan. Tapi...,kan saya sudah tua, tidak dapat ikut pertandingan, jadi saya diajar sukan papan selaju dan kasut roda sahaja,’’ jelas Mbah Supri.

Mbah Supri menjelaskan, selepas setahun dia belajar di jalanan, dia kini semakin mahir bermain papan selaju dan kasut roda pertama miliknya dibeli pada harga 1.5 juta rupiah (RM466).

“Setiap hari, paling tidak saya akan bermain kasut roda selama dua jam. Kalau tidak keluar, rasanya seperti mahu gila,’’ tambah Mbah Supri sambil ketawa.- CARI Infonet


Sumber info : http://www.kompas.com/

7

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
13

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nizamXF 27-10-2015 04:08 PM
aku pon tak reti main ni. salute lah.
Quote DaisyD 27-10-2015 09:01 PM
kemain tak dapat keluar rasa nak mati hahaha
Quote Artemesiaa 27-10-2015 11:20 PM
Bagus gak boleh jadi salah satu bentuk senaman
Quote cik_kitty 28-10-2015 12:11 AM
Ni atok tegap perkasa lg..

Ku pikirin ayoknya bongkok 3 gitu...

Bru nk wow...xjadilah
Quote bianglala 28-10-2015 02:48 AM
takde penyakit agaknya atok ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047243 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top