View: 5437|Reply: 5
|
Atuk 67 Tahun Handal Main Kasut Beroda
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Bermain kasut roda bukan sahaja diminati golongan muda kerana sukan ekstrem itu ternyata turut diminati seorang datuk berusia 62 tahun di wilayah ini.
Supriyanto, 62, sebagaimana lapor portal Kompas.com memilih sukan kasut roda bagi mengisi hari tuanya selepas pertama kali diperkenalkan dengan sukan itu pada 2008 oleh saudaranya, Agus yang merupakan jurulatih kasut roda.
sumber foto : http://www.utusan.com.my/
Meskipun usianya telah lanjut, datuk yang mempunyai seorang cucu itu akan meluncur dengan kasut roda miliknya di jalan raya atau di tempat-tempat yang jarang dikunjungi orang ramai.
“Timbul minat ini dari Agus, dia sering main. Dari melihat sahaja jadi tertarik,’’ kata Supriyanto semasa ditemui di rumahnya di Gamping Lor, Sleman, Sabtu lalu.
Dari rasa tertarik itu, Supriyanto yang lebih mesra disapa Mbah Supri lantas mengikut setiap kali Agus melatih kanak-kanak bermain kasut roda.
“Oleh kerana ingin mencuba, setiap kali ada kasut roda yang tidak digunakan, saya akan ambilnya untuk berlatih,’’ katanya sambil ketawa.
Gelagat Mbah Supri ‘curi-curi’ menggunakan kasut roda dikesan Agus yang kemudiannya menawarkan warga emas itu belajar bermain sukan ekstrem berkenaan bersamanya.
“Bila sudah diketahui, saya ditawarkan latihan. Tapi...,kan saya sudah tua, tidak dapat ikut pertandingan, jadi saya diajar sukan papan selaju dan kasut roda sahaja,’’ jelas Mbah Supri.
Mbah Supri menjelaskan, selepas setahun dia belajar di jalanan, dia kini semakin mahir bermain papan selaju dan kasut roda pertama miliknya dibeli pada harga 1.5 juta rupiah (RM466).
“Setiap hari, paling tidak saya akan bermain kasut roda selama dua jam. Kalau tidak keluar, rasanya seperti mahu gila,’’ tambah Mbah Supri sambil ketawa.- CARI Infonet
Sumber info : http://www.kompas.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak reti main ni. salute lah. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain tak dapat keluar rasa nak mati hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak boleh jadi salah satu bentuk senaman |
|
|
|
|
|
|
|
Ni atok tegap perkasa lg..
Ku pikirin ayoknya bongkok 3 gitu...
Bru nk wow...xjadilah |
|
|
|
|
|
|
|
takde penyakit agaknya atok ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|