CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana-Mana Negara Pun Tak Terima, Malaysia Kecam Pelawak Singapura

8-6-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 418| Komen: 1

Description: Tindakan pelawan wanita Singapura memperlekehkan Malaysia dan mempersenda tragedi yang pernah melanda negara dikecam keras Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Zambry yang kesal dalam kenyata ...

Tindakan pelawan wanita Singapura memperlekehkan Malaysia dan mempersenda tragedi yang pernah melanda negara dikecam keras Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Zambry yang kesal dalam kenyataan malam tadi berkata tindakan itu langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.



Bernama


"Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.


"Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara, apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan," katanya.


Beliau berkata sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini diharap dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara.


Terdahulu tular di media sosial satu klip video memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Pelawak itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 8-6-2023 09:23 AM
jocelyn ni banyak sangat makan daging babi, kelentit panjang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.150227 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top