CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Lunyai Didera Boyfriend Ibu Sebab Buat Bising- Dipukul Guna Hanger, Ditampar Sampai Lebam Berbirat

8-6-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 39

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ia didedahkan oleh selebriti dan penyanyi rap, Caprice di laman Instagram dan juga Telegram miliknya pada awal pagi Khamis, selepas menerima kiriman mesej daripada pengikutnya bagi meminta jasa baik orang awam untuk mengesan pelaku kes dera agar diheret ke muka pengadilan.



Foto: mStar

Berdasarkan laporan polis oleh ibu mangsa, anak kecilnya didera oleh teman lelaki hanya kerana membuat bising.

Dalam kejadian pada pagi Rabu (semalam), kekasihnya memukul anak perempuannya itu dengan menggunakan penyangkut baju selain turut menampar muka.

Ujar wanita itu lagi, dia cuba melindungi si kecil dengan menghalang tindakan kasar lelaki berkenaan namun gagal.



Akibat perbuatan lelaki itu, kanak-kanak itu mengalami bengkak pada bibir, mata lebam dan anggota badan penuh dengan kesan lebam serta berbirat.

Beberapa keping gambar memaparkan kecederaan kanak-kanak tersebut turut dimuat naik.

Wanita itu berkata, dia bersama anaknya kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut.

Ketika di rumah ibunya, lelaki berkenaan melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis dan tidak dapat dikesan sehingga kini.



Susulan itu, wanita tersebut tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

Kedua-dua beranak tersebut juga dihantar ke hospital oleh anggota polis untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki berkenaan dan menggesa agar suspek segera diberkas polis untuk menerima hukuman setimpal.

"Ringan je tangan aku ni... jumpa orang macam ni, memang lunyai!

"Sebaya anak saya. Sakitnya hati tengok... mesti menangis-nangis masa kena pukul.

"Harap kerajaan usul hukuman yang lebih berat kepada orang macam ni... biar dia tahu langit tinggi ke rendah!" demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 8-6-2023 10:26 AM
Speechless. Taktau nak cerca apa & siapa. Si hawau tu memang selayaknya dicerca. Tapi omak si budak ni pun lahai...kau duduk dengan si hawau ni ke? Lagi 1. Bukan ke kena contact IO kalau jumpa atau ada maklumat tentang suspek? Apsal nak kena contact omak budak tu pulak? Kang kena pujuk rayu sikit dimaafkannya si hawau tu, pastu tarik report
Quote mejaputih 8-6-2023 10:30 AM
kenapa blur muka lelaki tu? kata suh carik tp kalau blur camne org nk tahu?
Quote nisako 8-6-2023 10:34 AM
adui tak paham la manusia sial tu sanggup ko buat cm tu?? eeeii
Quote noor2 8-6-2023 10:36 AM
Ya Allah lebam seluruh muka dan badan..
KO GILA ke apa pukul budak mcm tu...tolongla bunub spesis2 pendera ni....mak budak ni mmg bodoh
Quote Binodino 8-6-2023 10:40 AM
mejaputih: kenapa blur muka lelaki tu? ka ...


Kan? Nak suruh cari ke tak sebenarnya ni? Tukang post tu pun kena masuk dalam list cercaan jugak nampaknya.
Quote diss69 8-6-2023 10:48 AM
Auto nangis nengok...siannya bdk ni...nape laa setan sngt perangai..
Quote elnor_81 8-6-2023 10:49 AM
Binodino: Speechless. Taktau nak cerca a ...

Ni jenis.mak asal ad jantan ni. Biar je jantan tu buat ape. Janji ad jantan
Quote prettyuglybabe 8-6-2023 11:16 AM
mak budak tu pun patut kena tangkap..
JKM sila amik budak tu dari jagaan mak tak guna tu..

Quote xoic726 8-6-2023 11:27 AM
maknye bodoh...ei nombor tepon dah ada..aku nak maki siap2...semoga jantan tu dipanah petir atau dilanggar lori taik sampai mampos...puiii...celaka gila...
Quote hareeeesah 8-6-2023 11:41 AM
Mata sampai lebam cm tu ko bantai yaAllah…
ko elok letak sekali dgn si tunjal kepala tu la. otak xde la ni, kalau ada otak dia xbuat
Quote mejaputih 8-6-2023 11:43 AM
xoic726 replied at 8-6-2023 11:27 AM
maknye bodoh...ei nombor tepon dah ada..aku nak maki siap2...semoga jantan tu dipanah petir atau dil ...

tu nombor nenek budak ni kan?
Quote cikanggun 8-6-2023 12:10 PM
Bila mak giler batang lebih dr sayang anak sendiri. Eeeiiii kalau aku, tekap iron panas jerlah ke muka jantan tak guna tu! Dasar mak bodoh
Quote manehnya 8-6-2023 12:17 PM
semua salah mak budak nih, ptut kena kan charges jugak atas sebb lalai, cuai segala... mendedahkan anak kepada bahaya secara sengaja, ajak serigala masuk dlm selimut betina ni... eh masuk kangkang.. bodo laaaa

jd pempuan tp bodoh, p mampus je lah
Quote midori888 8-6-2023 12:24 PM
gambar lelaki tu pakai kopiah ke?
Quote afie_m 8-6-2023 12:25 PM
berapa umur mak budak ni.ciannya budak lagi dh kena macam ni
Quote asfaz 8-6-2023 12:33 PM
Screenshot_2023-06-08-12-33-05-71_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Quote sailormars 8-6-2023 01:56 PM
moga masuk penjara lelaki bodoh mcm nie...
Quote venom1 8-6-2023 02:11 PM
ke dalam la lepas ni..nak menyorok kat mana
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:39 PM
Syaitan.

Jantan tu ada rupa kan? Musti kita maafkan sebab helok kata acik2 dan pondan forum siap hada yang teringin nak baring di bahu segala.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073014 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top