12 individu termasuk empat doktor perubatan swasta selain dua pegawai agensi kerajaan dan enam orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dipercayai terbabit aktiviti pemalsuan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang dalam satu serbuan berasingan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Katanya, pemohon iaitu orang awam akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu. “Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun ianya tidak berlaku.
“Kemudian dengan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan, mereka akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut. “Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan,” katanya di sini tadi. Jelas sumber lagi, pemohon atau orang tengah kemudiannya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan. “Sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu. “Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 ASPRM 2009. “Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok kira-kira pukul 8.30 pagi untuk urusan permohonan reman,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
likilu replied at 8-6-2023 06:00 AM
Sel otak tak berhubung pulak
Apa jenayah yg berkaitan dgn sijil kelahiran palsu? Rasanya dah banyak ...
TOPwind replied at 7-6-2023 11:03 PM
perkara ini dah banyak berlaku
Hospital swasta cina ????
TOPwind replied at 7-6-2023 11:03 PM
perkara ini dah banyak berlaku
Hospital swasta cina ????
kotakominami replied at 7-6-2023 11:07 PM
Patutnye rasuah ni dah kena buat hukum gantung.....sebab ni dah kira jual negara...senang2 keluar si ...
kepompong replied at 9-6-2023 07:45 PM
Dr Azam Rauzan pun pernah didapati bersalah kes palsukan dokumen. Skrg aman2 je dgn wife baru (mak i ...
liton replied at 9-6-2023 07:57 PM
Kat tempat aku ni, ada indon suami isteri. Suami dah dapat ic biru, isteri guna permit suami. Daft ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.108849 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.