CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Suspek Langgar Lari Melutut, Dipercayai Cuba Lari Dari Pihak Berkuasa Agama

31-5-2023 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 433| Komen: 0

Description: Tular satu kemalangan langgar lari berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, membabitkan sebuah Perodua Viva sejak Isnin.Dalam rakaman, kelihatan dua suspek ditahan orang ramai yang berada di loka ...
Tular satu kemalangan langgar lari berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, membabitkan sebuah Perodua Viva sejak Isnin.

Dalam rakaman, kelihatan dua suspek ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian ketika insiden terbabit berlaku.


Pasangan suspek lelaki dan perempuan berkenaan dilihat melutut sambil disoal siasat beberapa individu di sekelilingnya.


TikTok

Malah, seorang lelaki memakai topi keledar gagal menahan rasa marah lalu menengking pasangan tersebut kerana dipercayai cuba melarikan diri.

Berdasarkan video berkenaan, kedengaran salah seorang suspek memaklumkan bahawa mereka merupakan pelajar sebuah universiti di Terengganu.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet mendakwa pasangan itu lari daripada pihak berkuasa agama yang membuat pemeriksaan di lokasi berdekatan.

Namun, tidak dapat dipastikan jumlah kenderaan atau mangsa terlibat dalam insiden tersebut.


Pada masa sama, pihak polis juga dilihat masih belum berada di lokasi ketika video tersebut dirakam.



Bagaimanapun, berdasarkan klip berkenaan, orang ramai dilihat tidak melakukan sebarang kekasaran fizikal terhadap kedua-dua suspek.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034812 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top