CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Kereta Langgar Tiang Lampu

31-5-2023 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 230| Komen: 0

Description: Lelaki maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas, Klang pada Rabu.Dalam kejadian itu, Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, maut di lokasi kejadian akibat ...
Lelaki maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas, Klang pada Rabu.

Dalam kejadian itu, Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu.



Keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan," katanya.

Hafisham berkata, ketika pihak Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi, mangsa tidak sedarkan diri dan terperangkap di dalam kereta terbabit.

"Dalam tempoh lima minit pihak Bomba dan Penyelamat berjaya keluarkan mangsa, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.266021 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top