CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Sedap Langgar Pelacur, Isteri Di Rumah Dapat Bala- Kes HIV Libatkan Wanita Hamil Dan Suri Rumah Meningkat

26-5-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 341| Komen: 2

Description: Kes membabitkan suri rumah dan ibu hamil yang dijangkiti virus HIV semakin meningkat di Daerah Bogor, Indonesia.
Kes membabitkan suri rumah dan ibu hamil yang dijangkiti virus HIV semakin meningkat di Daerah Bogor, Indonesia.

Data dari Yayasan Institut Kajian Strategik (Lekas) menunjukkan, terdapat 428 kes HIV membabitkan golongan berkenaan pada 2021 dan jumlah itu meningkat kepada 747 kes pada 2022.


Ketua yayasan, Muksin ZA berkata, punca kepada peningkatan kes HIV membabitkan golongan berkenaan disebabkan kebanyakan suami mangsa yang gemar melanggan pekerja seks.


Gambar Hiasan

"Wanita hamil dan suri rumah terdedah kepada pasangan yang mempunyai tingkah laku seksual berisiko," ujarnya sambil menegaskan, kerajaan perlu mengambil perhatian serius berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, kata Muksin, Kementerian Kesihatan mendapati terdapat sekitar 5,100 kes baharu suri rumah yang dijangkiti HIV setiap tahun.

Daripada jumlah berkenaan, ujarnya, 33 peratus kaum suri rumah cenderung disahkan positif HIV. - CARI


Sumber: mStar/Radarbogor

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 26-5-2023 06:39 PM
HIV memang tinggi di Indonesia sekarang ni...hati hati
Quote Sazreena 26-5-2023 07:21 PM
Jadahnya Langgar pelacur...LANGGAN la..langgan..teruk nau writer ni..proof read la dulu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043116 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top