CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Malaysia Terharu Mufti Menk Sudi Datang Ke Rumah Ziarah Ibu Sakit

26-5-2023 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1321| Komen: 16

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita terharu apabila menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ismail Menk atau Mufti Menk yang menziarahi keluarganya di rumah, semalam.Menerusi perkongsian video oleh Att Yus ...
PETALING JAYA – Seorang wanita terharu apabila menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ismail Menk atau Mufti Menk yang menziarahi keluarganya di rumah, semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Att Yusof, ulama besar yang berasal dari Zimbabwe itu hadir bagi menunaikan permintaan ibunya.


Foto: tiktok

“Mufti Menk merestui kami dengan kehadiran beliau semalam. Saya tahu mama saya mahu berjumpa dengannya sekali lagi, jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.

“Apabila saya tahu dia datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemput datang ke rumah. Bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video berdurasi lebih lima minit itu, Mufti Menk dilihat datang berseorangan dan sempat memberikan tazkirah pendek sambil beramah mesra bersama keluarga tersebut.

Sehubungan itu, ramai yang bertanya bagaimana wanita berkenaan dapat menjemput Mufti Menk ke rumahnya.



Di akhir video tersebut, wanita itu menceritakan, dia sekeluarga pernah terserempak bersama pendakwah terbabit di sebuah pusat beli-belah di sini pada tahun 2019.

“Kami terserempak dengan Mufti Menk di One Utama dan mak saya tegur dia. Beliau kemudian memberikan nombor telefonnya untuk mengikuti perkembangan kesihatan ibu saya,” jelasnya.

Mufti Menk adalah cendekiawan Islam global terkemuka yang aktif berdakwah mengelilingi dunia.

Pada 2010, beliau dinobatkan sebagai salah seorang daripada 500 Muslim Paling Berpengaruh serta dianugerahkan gelaran Doktor Terhormat daripada Universiti Aldersgate. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 27-5-2023 02:08 AM
Masya Allah..rezeki dapat jumpa MM.
Quote cap_ayam 27-5-2023 05:54 AM
Bagus tazkirahnya.
Quote Thunderclouds 27-5-2023 06:59 AM
Lobai yg aku betul² dgr ceramah dia & xrasa meluat.
Quote kakikuDibibirmu 27-5-2023 07:26 AM
Mufti Menk pun sudah mengeluarkan fatwa, jangan guna Apple, tapi gunalah Samsung

[youtube]zW6T43W1Mu0[/youtube]
Quote Tinot7 27-5-2023 10:23 AM
Wow.. iols is kagummm
Quote mejaputih 27-5-2023 10:25 AM
Rezeki dia sungguh ni...
Quote syamzana 27-5-2023 10:38 AM
iols suka dgr ceramah dia, sbb tak bias lelaki dan perempuan.
boleh plak MM igt mak dia ni ye? jmp pun agak lama dah.
Quote talia 27-5-2023 01:48 PM
Ya Allah bestnya… mmg rezeki mak dia
Quote CiliApiPedas 27-5-2023 06:14 PM
Aku pun suka dgr ceramah diaa
Quote mojarean_X 27-5-2023 06:42 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-5-2023 07:26 AM
Mufti Menk pun sudah mengeluarkan fatwa, jangan guna Apple, tapi gunalah Samsung

Iols pengguna Samsung. Dibah AA pun sama
Quote myakayina 29-5-2023 11:00 AM
mlm2 before aku tido, aku dengar spotify MM ni..banyak jgk lah nasihat yg bagus2..
Quote Suchi 29-5-2023 12:19 PM
Yg kat perlis tu sapa pula yg dtg? Mcm ramai plak ulama tgh ada kat malaysia skrg ni kan?
Quote cmf_blanco 29-5-2023 12:20 PM
MM punya nasihat bagus bagus,lembut dan tak keras sgt..
Quote Suchi 29-5-2023 12:41 PM
Kelakar lak yg komen kat tiktok tu dia tak rasa excited ngn mufti menk sbb dia tak berapa faham BI.

Dah mufti menk tu orang mana bkn org melayu, takkan dia nk beri ceramah dlm BM plak.
BI dia iols lebih mudah nk faham berbanding zakir naik tu.
Quote tobobon 29-5-2023 01:57 PM
x sangka mufti dari zimbabwe...ingat dari negara arab ka.... or at least from north africa
Quote Burong_Hantuk 29-5-2023 02:48 PM
suka tgk video2 mufti menk ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058573 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top