CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Kali Ditipu Ejen Jualan, RM5000 Lesap! Akhirnya Wafariena Berjaya Beli Kereta

30-3-2023 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6054| Komen: 43

Description: Wafariena akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta sendiri jenis Honda Civic RS selepas kerugian RM5,000 ditipu ejen jualan palsu sebelum ini.Bertahun-tahun menggunakan kenderaan milik kakak untuk urus ...
Wafariena akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta sendiri jenis Honda Civic RS selepas kerugian RM5,000 ditipu ejen jualan palsu sebelum ini.

Bertahun-tahun menggunakan kenderaan milik kakak untuk urusan kerja, penat lelah berbaloi apabila kereta baharu itu sampai ke tangannya pada Ramadan keenam.


Foto: IG

“Ini memang kereta pertama saya atas nama sendiri yang saya ibaratkan sebagai rezeki bulan puasa kerana mengambil kereta ini pada Ramadan keenam.

“Mahu dijadikan cerita, pinjaman saya pula diluluskan tepat pukul 12 semasa malam tahun baharu dan merasakan seperti permulaan tahun baharu yang bagus,” luahnya gembira.



Menceritakan pengalaman ditipu, insiden berkenaan berlaku lebih setahun lalu apabila jurujual terbabit menghilangkan diri selepas menerima sejumlah wang deposit.

“Sebelum ini saya pernah ditipu dua kali dengan orang berbeza sebanyak RM5,000 semasa ingin membeli kereta. Selepas sahaja mengirimkan duit, individu tersebut lari.

“Kali kedua saya tertipu sele[as terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta. Lebih menguatkan lagi kepercayaan saya apabila membaca komennya yang baik-baik sahaja.

“Namun, perkara tersebut mengajar saya untuk tidak mudah percayakan sesiapa walaupun nampak benar. Kalau mahukan apa-apa kena betul-betul cari orang yang tepat untuk membantu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.



Dalam masa sama, pelakon yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu juga berhasrat berkongsi rezeki apabila merancang membeli sebuah lagi kereta baharu untuk kegunaan keluarga.

“Sebak bukan sebab sedih tetapi gembira. Benda yang kita penat berusaha, hasil titik peluh dan sokongan ibu akhirnya dapat membeli sebuah kereta lebih besar.



“Hantaran yang dibuat dalam Instagram ini juga untuk berkongsi benda baik supaya orang tengok apa yang kita mahu kita harus berusaha,” katanya.

“Akan datang saya fikir mahu beli kereta keluarga walaupun sekarang sudah ada cuma mahu memperbaharui seperti Alphard atau Vellfire,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 30-3-2023 09:36 AM
Edited by Themilo at 30-3-2023 01:38 AM

jadah 2 kali kena tipu? jadi artis sendu memang ada pakej tak berapa bijak ke?
paling lucu, pinjaman kereta lulus tepat 12 malam? bank mana yang process loan sampai tengah malam tu?
propanyahhhh kau dekk..
Quote dudaberhias 30-3-2023 09:38 AM
Aik macam mana boleh kena tipu? Sesuatu yang ajaib. Ko jumpa kat mudah dot my ke dik oi?

Ke gigih cari kete murah bank lelong kat fb, tu yang jumpa agen scammer dan tup tup deposit cepat sebab tak sabar nak merasa kete murah.
Quote Thunderclouds 30-3-2023 10:00 AM
Marhaen gundu mcm aku pn p beli keta kt showroom ngn salesperson dia dekk..
Ngn kawan² yg kerja jual keta pn aku xberani approach nk beli keta.
Takut kuyuppppp..
Quote SherryZass 30-3-2023 10:07 AM
Pelik ajaib kau nyahh. Aku nak beli kereta pun datang tengok dan deal kat showroom dengan SA yg wujud.
Quote belilies 30-3-2023 10:11 AM
Sheols keje apa boleh dpt loan?
Quote _kelly 30-3-2023 10:26 AM
# bukankalengkaleng tak menahan
Quote kepompong 30-3-2023 10:37 AM
dulu2 zaman dulukala hantu galah pun masuk news beli keta kena tipu. beli dgn dato la apabagai. rasa kelakar sgt kalau kata beli keta kena tipu hahaaha cam bongok sgt tau … pegi showroom, bayar dp pastu booking .
Quote msdummy.2018 30-3-2023 10:38 AM
Dia nih kenapa bongok sgt ek..kenapa ko x g jer sales room
Quote KamikuP 30-3-2023 01:09 PM
Dia ni beli kereta online kah? Patut ler kene tipo idop2
Quote prettyuglybabe 30-3-2023 01:23 PM
dah *odoh memang la kena tipu..
nak beli kerete pergi je la showroom..
dia beli kat dealer honda tapi sa pakai baju perodua?
kalau i memang flag la sa macam tu..
company u sendiri pun u tak honor..

Quote cikatilia 30-3-2023 01:24 PM
dia jumpa sapa sampai kena tipu beli kereta.... hahaha
Quote doubleA 30-3-2023 01:29 PM
Kena tipu 5k dua kali? Ko ingat deposit kereta honda civic 2-3k je ke? Macam harga kereta tu 20-30k? Deposit kereta 10% dari harga kereta melainkan ko dpt buat loan 100%, nak beli kereta baru p showroom la kejadah cari online memang jumpa scammer la. Lain kali sila cerdik, tak tahu tanya org. Takda family ke dia ni yg bebal sgt
Quote rayna_raynes 30-3-2023 01:39 PM
Dia ni kadang2 cantik, kadang2 biasa2 je muka. Chameleon sungguh
Quote rayna_raynes 30-3-2023 01:48 PM
doubleA replied at 30-3-2023 01:29 PM
Kena tipu 5k dua kali? Ko ingat deposit kereta honda civic 2-3k je ke? Macam harga kereta tu 20-30k? ...

eh i buat semua online haha. tak pernah jumpa pun dgn agent. tau2 dah boleh g collect kereta.


dia tak bernasib baik la tu jumpa agent penipu. mcm agent i jumpa yg iklan kat fb je. tapi kerja bagus tip top. duit buat cabutan no plate pun dia siap dahulukan


Quote vanillaninja 30-3-2023 02:38 PM
Masa tengok tajuk je I ingat sheols kena tipu masa nak book kereta recond geng MLM. Lah sheols beli Civic? Punya la bersepah dealers Honda dalam Malaysia ni?

Loan pun kemain lulus 12 malam hahahaha Hasanah sungguh
Quote doubleA 30-3-2023 11:56 PM
rayna_raynes replied at 30-3-2023 01:48 PM
eh i buat semua online haha. tak pernah jumpa pun dgn agent. tau2 dah boleh g collect kereta.



Syukur nasib uols baik. Iols bab beli kereta tetap ke showroom, untung2 salesman bagi rebat 8k sampai skg iols nak servis kereta roger je salesman tu senang. Sedangkan baju raya, mintak sedekah online tu pun banyak scammer lagi2 jual kereta
Quote Carcosa 31-3-2023 01:10 AM
Patut lah jadi retis. Otak kau dah byk mati dah cell2.
Bongok. Org nak, beli kereta, pegi show room, bongok. Tak lah kena tipu.
Apa kau ingat kau retis, kau dpt byk discount beli kereta? Lambertttttt lagi. Ujung2 kena kencing berdarah dgn scammer.
Dia ni mesti bayar deposit dkt tah sapa2 dia message dkt FB ke, Mudah ke, Carousell ke. Bongok la katakan.
Nih hashtag ko kemain ek? H je ponnnnn.
Quote Perawankota 31-3-2023 03:50 AM
Kenapa kalau retis beli kereta, mesti time amik kereta dapat ribbon sebesar alam.. kita beli kereta , tak der pon mcmtu…
Quote Cyempaka 31-3-2023 05:14 AM
Tergamak dia bukak ke malu an sendiri pd umum
Kan dah kena keji.. Total bodo ini

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052605 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top