CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tujuh Dua Belas tampil wanita jadi watak utama dalam filem aksi

26-3-2023 09:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 333| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: PengarahThorpe Ali memberi kelainan dalam filem terbaharunya berjudul Tujuh Dua Belas dengan menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama dalam sebuah karya genre aksi.Filem ini juga dibintangi oleh ...

Pengarah Thorpe Ali memberi kelainan dalam filem terbaharunya berjudul Tujuh Dua Belas dengan menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama dalam sebuah karya genre aksi.

Filem ini juga dibintangi oleh pelakon Farali Khan yang juga sebelum ini aktif dalam sukan seni mempertahankan diri.

Lebih menarik lagi, Thorpe turut membawa pesilat wanita Indonesia iaitu Chintya Chandranaya sebagai salah seorang watak utama bergandingan dengan Farali.

“Kebanyakan filem aksi selalunya memaparkan watak lelaki selaku tunjang utama, tetapi filem ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

“Disebabkan itu saya memilih pelakon seperti Farali Khan kerana dia memiliki asas seni bela diri, begitu juga pemilihan Chintya yang sememangnya tular dengan aksinya menendang tong gas terutama sekali di YouTube,” katanya.

Thorpe dan Farali

Mengetengakan tema jenayah penculikan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat, Thorpe dalam masa sama mahu memberi pendedahan kepada umum bahawa masalah ini tidak harus di ambil mudah.


Malah kisah benar yang berlaku sebelum ini juga menjadi inspirasi buat syarikat produksi Osmosis Production dalam penghasilan filem ini.


Thorpe dalam masa sama turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan sekuel filem ini dengan melibatkan kerjasama tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Kemboja.



“Mengenai tajuk Tujuh Dua Belas, ia sebenarnya memberi maksud kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.


"Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian sebegini, tindakan pantas harus diambil segera.


“Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja,” luahnya.

 

Filem ini turut menampilkan Johan As’ari dan Adam Darwisyh sebagai pelakon utama.

 

Tujuh Dua Belas dijangka bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 4 Mei ini.



Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-3-2023 08:46 AM
[quote] ...Filem ini turut menampilkan Johan As’ari dan Adam Darwisyh sebagai pelakon utama.[quote]

OKBAIIII....!!!! Terus turned off ye bila tengah excited tengok pelakon dia cantik gila + pandai martial arts, tiba-tiba ada jantan over acting pun ada.... tak sanggup nak tengok muka tahan berak, mata juling air pandang kamera, muka sememeh acah-acah meratap meraung, lepas tu kejung acah-acah korea macam nazimah othman... :I :I :I :I :I
Quote whimsicalmusic 27-3-2023 06:26 AM
johan as’ari? mesti best ni tgk expression muka die ni nnt
Quote Perawankota 27-3-2023 02:41 AM
Farali Khan ni kadang nampak mcm half sofea jane half karisma kapoor

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.173031 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top