CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Dua Kali Tukar Tarikh, Filem Arahan Ar Badul Masuk Pawagam Jun Depan

4-4-2023 09:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5434| Komen: 31|Original author: Tatod

Description: Selepas dua kali bertukar tarikh tayangan, akhirnya filem Vik2ria Secret terbitan Sheunik yang siap Ogos tahun lalu, bakal menemui penonton di pawagam pada 15 Jun depan.Penerbit dan pelakon utama file ...

Selepas dua kali bertukar tarikh tayangan, akhirnya filem Vik2ria Secret terbitan Sheunik yang siap Ogos tahun lalu, bakal menemui penonton di pawagam pada 15 Jun depan.

Penerbit dan pelakon utama filem Vik2ria Secret, Annie Arifin, berkata pihaknya mengambil masa antara lima hingga enam bulan untuk mendapatkan ketetapan tarikh tayangan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebaik filem arahan AR Badul itu siap.

"Kalau diikutkan selama antara lima hingga enam bulan kami cuba dapatkan tarikh tayangan. Namun, ada sahaja masalah prosedur yang terpaksa dipatuhi daripada FINAS.

"Mungkin ini berkaitan kekosongan kerusi Pengerusi FINAS dan pertukaran kerajaan yang berlaku sepanjang tempoh berkenaan," katanya kepada BH Online.

Penerbit dan pelakon utama, Annie Arifin


Sehubungan itu, Vik2ria Secret menjadi filem pertama mendapat tarikh tayangan selepas beberapa bulan jawatan Pengerusi FINAS kosong dan kini diisi Datuk Kamil Othman sejak 24 Februari lalu.

Annie berkata, filem yang membabitkan kos RM1.05 juta terpaksa melalui detik mencabar sebelum ditayangkan

"Pada awalnya, saya fikir lambat lagi dapat tarikh tayangan dan bukan senang menguruskan perkara itu. Selepas dua kali bertukar tarikh, akhirnya kali ketiga, kita dapat.

"Saya seolah-olah tidak percaya dengan tarikh itu. Jadi, rasa sangat lega. Kami terkejut dan bersyukur dengan kelulusan tayangan yang diberi," katanya.

Berbaki kira-kira dua bulan sebelum tarikh tayangan, Annie berkata, dia dan kumpulan produksi akan mengatur strategi mempromosikan filem Vik2ria Secret sebaik mungkin.

Ditanya harapan untuk filem berkenaan, Annie berkata, dia tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, sebaliknya, dia menerima dengan hati terbuka apa sahaja maklum balas penonton dan jumlah kutipan.

"Kami faham filem Melayu terlalu banyak, jadi harapan tidaklah terlalu tinggi. Kalau berada pada peringkat pertengahan pun, bagi saya sudah memadai.

"Kalau penonton seronok menontonnya, itupun sudah cukup bagi saya. Kalau dapat kutipan pecah panggung, saya bersyukur. Namun, jika sebaliknya, saya tiada masalah asalkan orang yang menonton filem ini gembira," katanya.

Sementara itu, Kamil berkata, masih ada beberapa filem tempatan yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tarikh tayangan.


Kamil yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah FINAS antara 2014 hingga 2016 berkata, dia akan membantu mempercepatkan proses tayangan filem.

"Selepas saya ambil alih jawatan Pengerusi FINAS, ada beberapa filem yang saya bantu untuk mendapatkan kelulusan tayangan.

"Vik2ria Secret adalah filem pertama yang dapat tarikh tayangan selepas saya mengisi kekosongan jawatan Pengerusi FINAS.

"Saya akan terus memantau filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Kalau tidak salah, ada 14 filem yang sedang menunggu giliran," katanya.

Vik2ria Secret menceritakan mengenai Viki iaitu seorang anak yatim piatu lakonan Annie yang pergi ke Kampung Honi dalam kegembiraan, namun berdepan perjalanan penuh dugaan.

Dia bertemu Ria lakonan Keena dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama Vik2ria Secret. Pembukaan butik itu mengundang gelagat lucu dan disambut baik penduduk Kampung Honi.

Pelakon lain yang membintangi Vik2ria Secret adalah Man Raja Lawak, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Abd Halim dan Lan Siro.


Sumber: BH ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 4-4-2023 09:49 AM
Macam bakalan flop je. Cerita camni sesuai tayang kat tv3 je, tu pun waktu non prime time
Quote kepompong 4-4-2023 09:53 AM
penerbit letak diri sendiri sbg pelakon. Gaya mekap & rambut mengingatkan kita kat  Annie the orphan
Quote kepompong 4-4-2023 09:54 AM
*pelakon utama

(malas edit)
Quote dudaberhias 4-4-2023 10:37 AM
Filem yang sekadar di buat untuk perabih geran finas ke ni.
Kalau takat filem gini usah la berangan nak tayang kat pawagam.
Buat telemovie untuk TV3 cukup lah.
Quote lasagna 4-4-2023 10:40 AM
tolong laa design poster movie cun cun sket, ni keje artwork sape buruk nau..
Quote wannoorazlina 4-4-2023 11:11 AM
macam mana nak pronounce KAMPUNG HONIE tu?
Quote kucingitam 4-4-2023 11:17 AM
tak kena filter dgn finas ke nama kampung lain machiam
Quote helicornia 4-4-2023 11:44 AM
Ada ke lagi org nk tengok filem badul
Quote makciktijah 4-4-2023 12:19 PM
elok tayang kat rumah memasing je kot. ada ke org nak tgk filem mcm ni? mcm jual unsur x bagus je. victoria secret, kampung horny.
Quote caramello 4-4-2023 12:25 PM
Filem sampah..tayang kt tv pun bluk tentu org tgk!
Quote anony-mous 4-4-2023 12:37 PM
june tu usually cerita local akn flop sbb byk citer omputih best2 tayang during summer
Quote winky1 4-4-2023 12:52 PM
wannoorazlina replied at 4-4-2023 11:11 AM
macam mana nak pronounce KAMPUNG HONIE tu?

Hahaha mcm tak faham ja
Quote cikatilia 4-4-2023 01:07 PM
mcm bodo aje poster pon
heroin pon.. gred F
Quote emma.giggs 4-4-2023 02:07 PM
Jln cerita tu pun....
Quote KamikuP 4-4-2023 03:41 PM
Vik2ria scret = Victoria secret.. aa punggahnya tajuk... sapa je yg tengok ni bakalan melingkup terus ke kuburan mcm citer Dr Romzey
Quote Guess_who 4-4-2023 08:18 PM
Si badul ni mmg saje letak name mengundang kah? Vik2ria secret = victoria secret ,kg. Honi = h0rny euwwwww
Quote exclusive_vvip 4-4-2023 08:37 PM
aiyooo, hauknya la..unsur lucah pun ada..filem utk sekadar “dobi” kah?
Quote Rogue98 4-4-2023 08:43 PM
Hidup lagi rupanye Badol...aku ingat dah takde....
Masih lagi dgn filem bodoh2 tak kelakar tu ye..
Quote sharlenetexas 4-4-2023 08:59 PM
Mcm xde unsur komersil

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.095090 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top