CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Pertama Kali Ditayangkan Di Luar Negara, ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ Cipta Sejarah Ke Itali

10-4-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 439| Komen: 1

Description: Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang bakal ditayangkan di Itali, sekali gus mencipta sejarah apabila dapat mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.Filem arahan Allahyarham Pitt Hanif itu dipilih ...
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang bakal ditayangkan di Itali, sekali gus mencipta sejarah apabila dapat mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Filem arahan Allahyarham Pitt Hanif itu dipilih untuk bertanding dalam Udine Far East Filem Festival ke-25 (FEFF) di Itali yang dijangka bermula pada 21 April ini.


Meluahkan rasa gembira, penerbit filem ini yang iaitu Arie Zaharie, Muhammad Hady Yusry Makmor, Rozita Mat Isa dan Azlan Zaharie turut meluahkan rasa bangga apabila dapat mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.


IMDb

Dalam masa sama tayangan di Itali nanti bakal menjadi yang pertama buat filem ini dipertontonkan di peringkat antarabangsa.

"Bagi pihak semua pembikin filem Malaysia, kami amat berbangga dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia dalam edisi ke-25 ini. Doakan yang terbaik buat kami," kata wakil penerbit dalam satu kenyataan.


Selain Coast Guard, sebuah lagi filem yang akan membawa nama Malaysia adalah karya arahan Jin Ong berjudul Abang Adik.

Jin Ong sebelum itu pernah memenangi dua anugerah bagi ketegori penonton dan anugerah khas juri dalam edisi ke-37 Festival Filem Antarabangsa di Switzerland hujung Mac lalu.

"Saya berasa sangat berbesar hati menerima anugerah sebelum ini dan saya sangat gembira dapat membawa filem Malaysia untuk dikongsi bersama mereka," ujarnya.

Sementara itu wakil Malaysia International Film Festival (MIFFest) menjelaskan kerjasama dengan FEFF yang terjalin sejak dua tahun lalu merupakan satu langkah baik untuk terus mempromosikan karya tempatan ke peringkat antarabangsa.

Membawa tema From East to West, kerjasama antara dua pihak ini juga dapat memberi suntikan buat pengkarya Malaysia supaya terus menghasilkan filem berkualiti untuk pasaran antarabangsa.

"Kami berbesar hati kerana kedua-dua filem ini terpilih dalam FEFF. Filem-filem ini telah mendapat kejayaan besar dan boleh mewakili Malaysia dengan baik.

"Ia benar-benar satu keistimewaan bagi filem Malaysia untuk menerima pengiktirafan oleh FEFF.

"Selepas dua tahun bekerjasama dengan FEFF, kami berharap dapat terus membina hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Itali," jelas pengasas MIFFest, Joanne Goh.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 05:47 AM
Go back to Italy you Italian spaghetti

[youtube]K6DXA0KZD6c[/youtube]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042403 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top