CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Hari Ada Tayar Kereta Yang Pecah, Jalan Muadzam Shah Berlubang Sana Sini Ibarat Jerangkap Samar

2-2-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 679| Komen: 7

Description: ROMPIN – Bagaikan jerangkap samar menanti mangsa. Itulah masalah jalan berlubang di Jalan Muadzam Shah-Segamat baru-baru ini.
ROMPIN – Bagaikan jerangkap samar menanti mangsa. Itulah masalah jalan berlubang di Jalan Muadzam Shah-Segamat baru-baru ini.

Setiap hari pasti ada kende­raan yang tayar pancit akibat tidak sedar ‘masuk jerangkap samar’.


Tinjauan mendapati laluan utama Rompin-Pekan-Kuantan mendapati keadaan jalan berlubang begitu banyak khususnya apabila memasuki daerah Rompin sehinggalah ke Tanjung.

Foto: kosmo

Kewujudan banyak lubang menyebabkan kenderaan sukar untuk mengelak apatah lagi ketika hujan dan juga berselisih dengan kenderaan lain.

Ia sekali gus membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang bukan sahaja mengalami kerosakan kereta malah berisiko kemalangan.

Boleh dikatakan lubang-lubang ini ada di sepanjang jalan dan tidak diselenggara.

Paling teruk adalah di persimpangan lampu isyarat bandar Rompin yang menyebabkan pengguna jalan raya tidak dapat mengelak.


Seorang pengguna jalan raya dikenali sebagai Liza berkata, kejadian jalan berlubang yang begitu banyak menyebabkan dia dan keluarganya berasa terseksa dan terbeban kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menukar tayar kereta.

“Memang seksa sangat rasa­nya Jalan Rompin ini, mana saya hendak tuntut duit baiki tayar hendak buat aduan di mana untuk minta ganti rugi,” jelasnya.

Menurutnya dia berharap isu jalan berlubang ini tidak dipandang sepi oleh kerajaan kerana ia melibatkan kehidupan rakyat yang semakin terbeban.

Dalam pada itu seorang pemandu trak tunda, Amir Mohammad berkata, masalah jalan berlubang sememangnya banyak berlaku di daerah ini yang menyebabkan kerosakan kereta.

“Setiap hari atau dua hari sekali memang ada mangsa tayar pecah,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-2-2023 07:04 PM
Brotherhood sana sampai kena tahan polis kan buat kerja2.tampal.jalan..
Majlis kat pahang mmg suka jalan berlubang ke?kesian marhaen..
Quote babyLON. 2-2-2023 07:22 PM
jalanraya dkat sabah pun gni. bsepah lubang. satu hal pulak kena jalan mcm ular elak lubang² tu
Quote insulin 2-2-2023 07:36 PM
Konspirasi antara pihak berkuasa dan kedai2 tayar agar jualan tayar terus meningkat agaknya. Korang apa tahu?
Quote tikusmontok 2-2-2023 07:45 PM
Jagong n anak jagong tak g melawat kwsn ke?
Quote rosedemon 3-2-2023 08:39 AM
tampal la guna tanah liat
Quote MissVixen 3-2-2023 08:57 AM
Malaysia ni pun caprut macam indon jalan berlubang. Indon pun dah lagi ok dengan banyak jalan konkrit. Kalau dengan thailand lagilah bertiang2 kena tinggal.
Jalan muazzam ni lori banyak lalu, kereta pun banyak tapi tetaplah 1 lorong je. Bahu jalan pun takde. Bayar roadtax untung berbilion tiap tahun tapi jalan macam tu je, highway bagi swasta urus. Cukai jalan tu untuk bayar gaji dan pencen gomen je ke??
Quote bulalof 3-2-2023 09:09 AM
silalah ke Petaling Jaya. tidak kalah juga rasanya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.121242 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top