CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Abdullah Ahmad Badawi Selesai Tunai Umrah

2-2-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1096| Komen: 13

Description: KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selesai mengerjakan umrah di Makkah.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selesai mengerjakan umrah di Makkah.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, berkongsi beberapa gambar bekas Perdana Menteri itu di Tanah Suci.


Antara gambar yang dikongsi menunjukkan Abdullah, 83, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah bergunting rambut ketika melakukan Tahalul.


Foto: Berita Harian

Beliau turut berkongsi gambar Pak Lah bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah yang juga dimuat naik di Facebook Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penyelenggaraan pengangkutan awam negara masih 'kelas ketiga' - Anthony Loke
Usul percaya kepada PM dibahaskan

"Pak Lah selamat menunaikan umrah," tulis Nordin ringkas.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada Oktober 2003 dan berkhidmat sehingga April 2009.


Pada 11 September lalu, menantunya yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, buat kali pertama mendedahkan bekas Perdana Menteri itu menghidap demensia, turut tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

Katanya, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri, kemudian terpaksa menggunakan kerusi roda dan tidak lagi berkeadaan biasa serta tidak mengenali orang terdekatnya. -CARI

Sumber: Beirta Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-2-2023 08:38 AM
ok lah, gwsooon ya muah
Quote mojarean_X 3-2-2023 09:29 AM
Ya Allah, permudahkan lah Pak Lah melawan penyakit dementia beliau. Amin...
Quote mojarean_X 3-2-2023 09:29 AM
KJ x ikut sekali ke?.
Quote dua_chzy 3-2-2023 09:30 AM
Soalan noob:

Kalau nyanyuk ok ke tunaikan ibadah saperti umrah?
Quote 3chanceno 3-2-2023 09:40 AM
dua_chzy replied at 3-2-2023 09:30 AM
Soalan noob:

Kalau nyanyuk ok ke tunaikan ibadah saperti umrah?

Soalan yg bagus sekali

Kerja2 umrah tu diwakilkan pada seseorang ke kerana Pak Lah pesakit dementia?  Semua perkara harus diuruskan oleh orang lain untuk Pak Lah, bagaimana pulak solat?

Nie meols tanya pada yg lebih arif,pasal meols tak tahu. Tenkiu.
Quote Decaffeinated 3-2-2023 09:49 AM
Mesti dia lupa berapa kali dia dah tawaf
Quote jlo 3-2-2023 09:49 AM
semoga dipermudahkan urusan Tun ...
Quote mejaputih 3-2-2023 10:34 AM
dua_chzy replied at 3-2-2023 09:30 AM
Soalan noob:

Kalau nyanyuk ok ke tunaikan ibadah saperti umrah?

iols pun tertanya2...
Quote Rdizz 3-2-2023 10:42 AM
dua_chzy replied at 3-2-2023 09:30 AM
Soalan noob:

Kalau nyanyuk ok ke tunaikan ibadah saperti umrah?

Ha'a me too tertnya, dah tak kenal org sekeliling, takkan complete umrah tu.
Quote naina 3-2-2023 10:44 AM
Pergi atas tiket VIP haruslah lepas. Kalau marhaen umur takleh lebih 60 tahun tak silap sekarang dah tak leh tunai umrah. Lebih2 lagi ada pesakit kronik.
Quote supernaturalee 3-2-2023 10:48 AM
bahagian dia
kita esok x tau la mcmn


Quote venom1 3-2-2023 10:53 AM
terima kasih Pak Lah- dari penjawat awam
Quote mizruncing 3-2-2023 10:56 AM
rindu Pak Lah.. semoga dalam husnul khotimah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051648 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top