CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Bimbang Tak Boleh Berfungsi Sebagai Masyarakat

24-1-2023 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2349| Komen: 30

Description: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menzahirkan kebimbangan negara itu berkemungkinan tidak lagi boleh berfungsi sebagai sebuah masyarakat.Keadaan tersebut didorong oleh kekurangan kadar kelahiran ya ...
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menzahirkan kebimbangan negara itu berkemungkinan tidak lagi boleh berfungsi sebagai sebuah masyarakat.

Keadaan tersebut didorong oleh kekurangan kadar kelahiran yang serius di negara matahari terbit itu.



Nikkei Asia

Menurut Kishida, kes itu boleh berlaku dengan cepat atau mungkin juga tidak akan berlaku.

Jepun, negara yang dihuni 125 juta penduduk, merekodkan kurang daripada 800,000 kelahiran tahun lepas. Pada tahun 1970-an, jumlahnya melebihi 2 juta kelahiran.

"Saya meletakkan dasar mengenai kanak-kanak dan kelahiran sebagai sangat penting terutamanya apabila kita bercakap mengenai sosio-ekonomi dan kemampanan.

"Disebabkan kadar kelahiran di negara ini turun mendadak, jumlah bayi yang lahir di Jepun tahun lalu hanya di bawah 800,000, negara ini boleh dikatakan di ambang kemusnahan sebagai satu masyarakat, tetapi masih boleh dikekalkan.


"Kita tidak boleh berlengah lagi untuk menyokong dasar kanak-kanak dan kelahiran ini. Kita perlu bangunkan masyarakat yang utamakan kanak-kanak-kanak dan mengubah kadar kelahiran," katanya.

Perdana Menteri Jepun itu berkata, menumpukan polisi mengenai kanak-kanak dan perancangan kelahiran perlu dilakukan dengan sebaik mungkin serta tidak boleh ditangguh lagi untuk tangani perkara itu.

Jepun kini antara negara yang berdepan masalah kelahiran dan jangka hayat penduduk yang kritikal. Manakala China baru-baru ini mengumumkan kadar populasi penduduknya menyusut buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Berbeza dengan china, Jepun dikatakan lebih kritikal memandangkan jangka hayat penduduknya adalah tinggi, bermakna golongan menua adalah ramai sekali gus melebarkan jurang antara dua generasi.

Berdasarkan kepada data Bank Dunia, Jepun kini menjadi negara kedua di dunia di mana jangka hayat penduduknya tinggi selepas Monaco.

Justeru itu, Jepun perlu menangani dua isu penting, iaitu kadar kelahiran yang rendah dan pada masa sama, atasi masalah golongan menua.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 24-1-2023 12:09 PM
Depa ni gila keje, pstu cost of living tinggi..kalau pempuan dah ada anak slalunya berhenti keje utk take care family (which is good la kan)

So gomen depa kena fikir tang atas tu mcm mana nak settle kan problem …maybe bg insentif utk kurang kan kos membesarkan anak
Quote Kitty_catz 24-1-2023 12:17 PM
ayoyo apa susah... AI is kaming gaisss

esok2 smer org duk umah ngangkang nengok netflix mkn eskrem jewww

AI_job.jpg
Quote damsel_fiji 24-1-2023 01:27 PM
Bolehla para rohingya berhijrah ke Jepun plak untuk menambah populasi
Quote jazaa100 24-1-2023 01:31 PM
Rohingya & bangla korang tanak jemput....
Klu tak muka wargajepun akn berubah....
Mata tak sepet, hidung mancung, kulit sawo matang
Quote SalenaGomez 24-1-2023 01:41 PM
jazaa100 replied at 24-1-2023 01:31 PM
Rohingya & bangla korang tanak jemput....
Klu tak muka wargajepun akn berubah....
Mata tak sepet, hi ...

Jepun ni rasa nya susah sikit nak ber asimilasi dgn org luar…diorg sgt komited dlm keje2 yg diorg buat sampai level isi minyak keta pon org depa juga, nak perfect. Depa malu kalau bagi servis below level.
Quote tripleid 24-1-2023 01:54 PM
Duniaa..dunia..bangsa pembersih,maju tak membiak..tapi bangsa mcm rohingya plak yg kuat membiak cam tikus
Quote Adrif 24-1-2023 02:21 PM
a greying society

semua beruban

Malaysia ke arah penduduk tempatan hilang. semua bagi kat warga asing
mengemis di rumah sendiri
Quote orangbiasaje 24-1-2023 02:34 PM
Kalau tak silap, even half-japanese pun susah nak hidup situ. Kewarganegaraan diorgg mementingkan blood purity kan?
Quote sekngucing 24-1-2023 02:48 PM
Edited by sekngucing at 24-1-2023 02:52 PM
tripleid replied at 24-1-2023 01:54 PM
Duniaa..dunia..bangsa pembersih,maju tak membiak..tapi bangsa mcm rohingya plak yg kuat membiak cam  ...


sebab  mentaliti yg terhasil dari pendidikan
jikalau rohingya tu tak jd pelarian..dpt education...jd masyarakat yg berfubngsi..bekerja masing2
lama2 depa akan jd mcm ni juga
Quote batmana 24-1-2023 04:06 PM
buat la cukai baru

sapa2 dh berkejaya,sihat, boleh beri zuriat, especially T20, pstu takkawin , umur 30 tahun keatas, kenakan cukai 50% dari gaji basic nya, barula berduyun2 dorg kawin

igt hidup ni cari duit je ke.,,, tak tgk ka TED talk, kajian 75 tahun , 'what makes a good life?'...
Quote Lagubestbest 24-1-2023 04:50 PM
Dah berpuluh tahun jepun tak naik harga barang rege rumah tak pernah naik jatuh ada la tu pun kita kata Jepun negara mahal. Lepas covid ni taktau la camne.
Quote sharlenetexas 24-1-2023 04:52 PM
Import je rohingok.


Quote Decaffeinated 24-1-2023 05:10 PM
Lagubestbest replied at 24-1-2023 04:50 PM
Dah berpuluh tahun jepun tak naik harga barang rege rumah tak pernah naik jatuh ada la tu pun kita k ...

Sebab mahal tak masuk akal tak boleh nak naik lagi dah

Simpanan pun macam tu ja tak naik2

Boring betul bila tak boleh jadi kaya sambil mengangkang macam kat tanah air ni


Quote Belibis 24-1-2023 05:18 PM
Elok la manusia makin sikit..agenda koperasi dah berjaya.
Quote tripleid 25-1-2023 12:59 PM
sekngucing replied at 24-1-2023 02:48 PM
sebab  mentaliti yg terhasil dari pendidikan
jikalau rohingya tu tak jd pelarian..dpt education... ...

lama2 bumi ni penuh dgn manusia bodoh je..yg cerdik2 semua dah pupus
Quote Travelo 25-1-2023 02:05 PM
SalenaGomez replied at 24-1-2023 12:09 PM
Depa ni gila keje, pstu cost of living tinggi..kalau pempuan dah ada anak slalunya berhenti keje utk ...

org jepun yang dah baya2 nenek/atuk kita pun kerja memasak kat restoran/gerai..jalan dah bongkok2 tu kalau kat malaysia dah duduk rumah dah org baya gitu..tapi salute la..
Quote Nurza 25-1-2023 02:55 PM
Kat tiktok, berduyun jantan Melayu komen nk ke sne utk menambah populasi..
Quote Body_language 25-1-2023 03:24 PM
Kalau selalu tengok drama Jepun, mesti tau kos nak membesarkan seorang anak kat Jepun terutamanya Tokyo adalah sangat tinggi. Dengan beg sekolah mahal. peralatan sekolah mahal. Sbb semua ada standard masing2. Lps tu Jepun bila diorg terlebih kemasyarakatan pon susah gak. Bila jadi mcm tu, semua kene ikut norma sama sebagai satu masyarakat. So bila orang yg lain dari norma masyarakat, mereka akan di pandang serong dan dikecam cuma diorg tak ckp depan tp diorg pulau diam2. Sbb tu kalau tgk depa ni, retis2 jepun yg duduk tokyo je sanggup ada anak lbh dr 2.

Tp kalau pergi kawasan luar tokyo, anak lbh dr 2 ni satu kebiasaan. Tp masalahnya, diorg ni ageing population sbb anak2 diorg akhirnya byk berhijrah ke tokyo, kawin dan ddk tokyo. bila dah mcm tu, anak2 diorg ni nnt ada 1, max 2 anak je.

N kalau rajin tgk utube family2 jepun kat Malaysia, diorg byk berhijrah ke KL sbb kos sara hidup rendah di samping bekerja dgn sarikat jepun yg ada branch kat mesia. N kemudahan kat KL pon setanding Tokyo. So pd diorg win2 situation berhijrah ke KL. So tgk diorg ni mostly anak lbh dr 1. So orang2 jepun ni sbnrnya nak je ada anak tp kos of living kat tokyo, cara hidup kat tokyo yg basically sekat diorg punya growth as family
Quote sharlenetexas 25-1-2023 03:26 PM
Anak menantu nik marini hepi2 je duk jepun. Cucu dia siap jadi model guess kids japan.


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058146 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top