CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Pemilik 3 Ekor Kuda Terbiar Berkeliaran Di Ampang?

24-1-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3406| Komen: 58

Description: Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di sini.Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan t ...
Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di sini.

Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.


"Seekor daripadanya kelihatan lemah dan tidak mampu bangun (terbaring di pembahagi jalan).


Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

"Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengesan pemilik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan," katanya menerusi perkongsian pada Isnin.

Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Kuda sudah selamat dalam jagaan pasukan berkuda PDRM. Doakan yang baik-baik," kata pengguna akaun Facebook, Suzila Hashim.



Ada juga antara orang awam mendakwa pemilik kuda tersebut telah tampil menuntut haiwan tersebut, namun tidak dibenarkan berikutan haiwan tersebut perlu diberi rawatan kerana terdapat kesan luka serta dalam keadaan tidak terurus.

Seorang pengguna media sosial, Naza Majid pula meminta tindakan dikenakan ke atas pemilik kuda berkenaan kerana mengabaikan penjagaan haiwan itu.

"Pemilik tak nak bertanggungjawab, rampas saja haiwan itu dan dan buka untuk adoption.

"Pihak berkuasa tempatan suka benar melengahkan kerja. Kalau sudah rampas dan pemiliknya baru terhegeh-hegeh hendak mengaku maka saman dia. Saman betul-betul bukan takat celah gigi saja," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 24-1-2023 01:50 PM
Allah.. siannya tengok
Quote Belibis 24-1-2023 02:00 PM
Sayangnyaaaa..benda ribu2 terbiar gitu jer..kalau tak nak,bagi jer la kat orang.
Quote Abc246 24-1-2023 02:06 PM
Selfish owner. Bahaya kat orang awam dan kuda tu sendiri.
Quote airmineral 24-1-2023 02:21 PM
kesiannya
lemah betul kuda tu
yg kurus tu smp npk tulang


adakah ownernya da meninggal?
Quote Adrif 24-1-2023 02:23 PM
aiyo. ni kalau takde orang ngaku, bagi aku je la. letak kat kandang lembu, boley tak?

bagi gumuk2, nanti boleh aku ride pegi kedai kopi
Quote matchstick 24-1-2023 04:29 PM
Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).


kalau ada yg dtg tuntut lepas ni jangan pulangkan..kesian kuda-kuda tu sampai kurus kering tak cukup makan. stay je la dgn PDRM terjaga makan minum kuda tu
Quote becir 24-1-2023 04:31 PM
I cannot la animal abuse gini...
Quote talia 24-1-2023 04:46 PM
ya Allah sedihnyaaaa semoga dpt diselamatkan esp yg lemah tu... kesiannya
Quote sharlenetexas 24-1-2023 04:49 PM
Ada ke yg nak mengaku tuan?

Quote zehra2 24-1-2023 05:11 PM
penganiayaan haiwan. denda maksima tolong.
Quote Decaffeinated 24-1-2023 05:16 PM
Kuda apa macam tu? Yang terbaring tu apasal macam besar anjing ja

Ini aku pasti kuda tua yang dah expired. Nak sembelih pun tak boleh.
Quote ilacantik 24-1-2023 05:19 PM
Nak jaga kuda tapi taknak jaga kebajikan kuda. Menjawab lah nanti kat akhirat. Meols tak boleh tengok haiwan teraniaya macam ni. Sedih tau.
Quote SalenaGomez 24-1-2023 05:56 PM
Adrif replied at 24-1-2023 02:23 PM
aiyo. ni kalau takde orang ngaku, bagi aku je la. letak kat kandang lembu, boley tak?

bagi gumuk2,  ...

Try je contact MPAJ …maybe boleh sbb tolong settle kan problem depa

Elok juga u jaga at least tau dah nak buat ngn kuda tu

Kalau bertuan, xde terbiar mcm tu skali
Quote Orenn1 24-1-2023 06:18 PM
jahatnya tuan mcm tak jaga elok mcm tak cukup makan, hrp ada yg ambil jaga elok2, jgnlah aniaya binatang, adalah sedikit rasa kemanusiaan tu
Quote Orenn1 24-1-2023 06:20 PM
duklah dgn pdrm tu terus
Quote Orenn1 24-1-2023 06:20 PM
manusia ada yg terlalu jahatt
Quote cepheid 24-1-2023 06:26 PM
Kalau korang pergi ke Facebook page rescuers kuda ni, tak silap dari unit berkuda PDRM ada je tuan dia datang marah tak bagi ambil kuda tu masa diaorang tengah rescue. Gambar pun ada tapi tutup muka.
Quote anilza10 24-1-2023 07:00 PM
Decaffeinated replied at 24-1-2023 05:16 PM
Kuda apa macam tu? Yang terbaring tu apasal macam besar anjing ja

Ini aku pasti kuda tua yang dah e ...

Kuda padi ni.. kuda padi mmg kecik2 comel je... Dlu selalu tgk ms blk kg I sbb kt kg ada org bela...
Quote ninja boy 24-1-2023 07:09 PM
Katik kuda ini, kalau mini horse mini cow mini goose mau bela jadi pet

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.182812 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top