CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beradik Lemas Ikut Ibu Dan Nenek Cari Lokan

24-1-2023 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 925| Komen: 8

Description: Dua beradik lelaki ditemukan lemas ketika mandi di anak sungai di Jalan Beringis-Kawang, di sini, semalam.Dua beradik berusia 12 dan 13 tahun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang disedari lemas oleh ...
Dua beradik lelaki ditemukan lemas ketika mandi di anak sungai di Jalan Beringis-Kawang, di sini, semalam.

Dua beradik berusia 12 dan 13 tahun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang disedari lemas oleh ibu dan neneknya sebelum meminta bantuan orang awam.



Lokasi kejadian dua beradik ditemukan lemas oleh ibu dan nenek mereka di anak sungai di Jalan Beringis - Kawang, Papar. FOTO Ihsan PDRM

Namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam jam 3.02 petang mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan di Jalan Beringis-Kawang.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudiannya mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan berkenaan manakala ibu dan nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.


"Dua beradik itu kemudiannya disedari lemas oleh ibu anak neneknya di anak sungai berkenaan lalu ibu mangsa meminta bantuan orang manakala neneknya pulang ke kediamannya di Kampung Kawang untuk mendapatkan bantuan.

"Dengan bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari anak sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa seterusnya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

"Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 24-1-2023 02:55 PM
Allahu…skali serentak 2 org..kesian nya..maybe sbb dah biasa mencari lokan, x sangka jadi mcm ni
Quote awanearisu 24-1-2023 05:49 PM
Sedihnya.
Salam takziah buat ibu dan neneknya.
Quote edayildiz 24-1-2023 06:14 PM
takziah..lokan tu siput sedut ke
Quote rayna_raynes 24-1-2023 07:13 PM
edayildiz replied at 24-1-2023 06:14 PM
takziah..lokan tu siput sedut ke

tak, dia macam kepah/kerang. Tapi saiz dia besar2.

Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:46 PM
salam takziah

hamaigaddd lama betoi tak dengo the word lokan

meols salu la ikut nenek pi cari lokan la, ketuk teritip la.. jaman dahulu kala duk kampung.. skang ni smua dah takde.. lokan ka teritip ka kepah ka..
Quote Belibis 24-1-2023 11:13 PM
edayildiz replied at 24-1-2023 06:14 PM
takziah..lokan tu siput sedut ke

Biasa ko gugel sendiri jee kan??
Mai tempat aku ni..lokan masih banyak beranak pinak.
Quote edayildiz 25-1-2023 01:12 AM
Belibis replied at 24-1-2023 11:13 PM
Biasa ko gugel sendiri jee kan??
Mai tempat aku ni..lokan masih banyak beranak pinak.

bg alamat

Quote edayildiz 25-1-2023 01:13 AM
rayna_raynes replied at 24-1-2023 07:13 PM
tak, dia macam kepah/kerang. Tapi saiz dia besar2.

baiklah done gugel

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.124382 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top