CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesohor TikTok 'Seram' Diintip Lelaki Guna AirPods Yang Dimasukkan Ke Dalam Begnya

21-11-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 728| Komen: 1

Description: Pesohor TikTok di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik menakutkan apabila seorang lelaki dikenali dalam satu temu janji mengintipnya menggunakan peranti AirPods, lapor akhbar Daily Star semalam.Cory ...
Pesohor TikTok di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik menakutkan apabila seorang lelaki dikenali dalam satu temu janji mengintipnya menggunakan peranti AirPods, lapor akhbar Daily Star semalam.


Cory mendakwa bahawa lelaki yang hanya ditemuinya beberapa kali itu meletakkan AirPods ke dalam begnya dan menjejaki lokasinya menggunakan sistem kedudukan global (GPS).

“Saya berasa pelik terhadap lelaki ini dari awal lagi,” demikian kapsyen video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @corrrryyy.



Cory berkata, dia bertemu dengan lelaki itu di sebuah gimnasium di Los Angeles. 


Selepas menemui AirPod di dalam begnya, Cory berasa pelik apabila lelaki itu tidak menghubunginya untuk mendapatkan barang miliknya kembali.

Cory kemudian menghubungi lelaki itu untuk bertanya mengenai AirPods tersebut, tetapi dia dituduh mencurinya. 

Cory kemudian meminta alamat supaya boleh memulangkannya, tetapi lelaki itu bertegas supaya dia terus memegangnya, sambil tidak menghiraukan soalan bagaimana ia boleh berada di dalam beg tersebut.

Cory bahkan curiga apabila lelaki itu tidak mempunyai akaun media sosial.

AirPods boleh dikesan oleh pemiliknya menggunakan aplikasi Find My. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 21-11-2022 07:08 PM
Akak lagi pelik kat kau yang pelik kat dia sebab dia tak ada akaun media so-SIAL dekkkk….

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043142 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top