CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 1

Pesohor TikTok 'Seram' Diintip Lelaki Guna AirPods Yang Dimasukkan Ke Dalam Begnya

[Copy link]
Post time 21-11-2022 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Pesohor TikTok di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik menakutkan apabila seorang lelaki dikenali dalam satu temu janji mengintipnya menggunakan peranti AirPods, lapor akhbar Daily Star semalam.


Cory mendakwa bahawa lelaki yang hanya ditemuinya beberapa kali itu meletakkan AirPods ke dalam begnya dan menjejaki lokasinya menggunakan sistem kedudukan global (GPS).


“Saya berasa pelik terhadap lelaki ini dari awal lagi,” demikian kapsyen video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @corrrryyy.








Cory berkata, dia bertemu dengan lelaki itu di sebuah gimnasium di Los Angeles.


Selepas menemui AirPod di dalam begnya, Cory berasa pelik apabila lelaki itu tidak menghubunginya untuk mendapatkan barang miliknya kembali.


Cory kemudian menghubungi lelaki itu untuk bertanya mengenai AirPods tersebut, tetapi dia dituduh mencurinya.


Cory kemudian meminta alamat supaya boleh memulangkannya, tetapi lelaki itu bertegas supaya dia terus memegangnya, sambil tidak menghiraukan soalan bagaimana ia boleh berada di dalam beg tersebut.


Cory bahkan curiga apabila lelaki itu tidak mempunyai akaun media sosial.


AirPods boleh dikesan oleh pemiliknya menggunakan aplikasi Find My.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi pelik kat kau yang pelik kat dia sebab dia tak ada akaun media so-SIAL dekkkk….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054418 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list