CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan Banduan Bolos Penjara Gagal, Perut Tersangkut Pada Lubang Dinding

21-11-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 660| Komen: 4

Description: Cubaan seorang banduan melarikan diri dari penjara gagal apabila perutnya tersepit pada lubang dinding.Rafael Valadao cuba memanjat keluar dari lubang di penjara di Ceres, tengah Brazil, namun terpera ...
Cubaan seorang banduan melarikan diri dari penjara gagal apabila perutnya tersepit pada lubang dinding.

Rafael Valadao cuba memanjat keluar dari lubang di penjara di Ceres, tengah Brazil, namun terperangkap, lapor Daily Star.



Seorang banduan tersepit ketika cuba melarikan diri. foto SN/Dudu Bala - Jornal Populacion

Pengawal penjara memerhati sambil ketawa ketika anggota bomba datang untuk membebaskan banduan yang tersepit.

Badan banduan itu terlalu besar untuk melalui lubang kecil di dinding yang dipecahkannya bersama rakan-rakannya yang bersubahat.

"Dia mempunyai badan yang sangat besar, dan juga sangat tinggi," kata seorang anggota bomba kepada Telegraph.


"Banduan lain cuba menolaknya tetapi dia terus tersepit di dinding. Dia mula menjerit kesakitan, dan ketika itulah pengawal penjara dimaklumkan perkara itu," tambahnya.


Sekumpulan pegawai penjara melihat banduan yang tersepit. foto SN/Dudu Bala - Jornal Populacion

Menurut laporan Daily Mail, kemalangan yang menimpa Valadao itu menyebabkan dua banduan lain yang juga berharap untuk melarikan diri, terperangkap di dalamnya. 


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 21-11-2022 07:58 PM
Macam kes lama jer..dah bertahun rasanya
Quote sharlenetexas 21-11-2022 07:59 PM
Untung kslau body kecil molek.


Quote airfilterkotor 21-11-2022 08:10 PM
Cerita 2012 dikitar semula.
Wartawan tak buat homework.
Quote Cassieopeia 22-11-2022 10:10 AM
la cite lame ke, tp nk komen nk lari tu diet la dlu huhu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046731 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top