CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah Beli Dua Rumah, Asad Motawh Tak Suka Menunjuk

21-9-2022 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2335| Komen: 17|Original author: Tatod

Description: Sudah lama tidak tampil dengan karya lagu baharu, Asad Motawh rupanya dalam diam bergelar usahawan dan mengakui hidup selesa dengan tiga perniagaan yang diusahakannya.Menerusi laporan Getaran ...
Sumber IG


Sudah lama tidak tampil dengan karya lagu baharu, Asad Motawh rupanya dalam diam bergelar usahawan dan mengakui hidup selesa dengan tiga perniagaan yang diusahakannya.

Menerusi laporan Getaran, penyanyi yang baru berusia 21 tahun itu juga berjaya memiliki dua buah rumah jenis banglo dan 'private suites'. Bukan itu sahaja, dia juga memiliki sebuah kereta, pejabat selain menjadi majikan dengan mengupah lapan orang kakitangan di bawah syarikat perniagaannya.


Walaupun tak ada lagu baharu namun saya akui hidup selesa. Angka pendapatan, saya tak mahu sebut, Google sendiri.

"Saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat lanskap dan kini bisnes bahary saya adakah mengusahakan rumah produksi Motawh Production yang baru dibangunkan sejak sembilan bulan lalu.

"Saya ada pasukan sendiri. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan iklan klien jenama-jenama besar hasil kolaborasi dengan talent agency, Xeno," katanya.


Mengambil pendekatan untuk tidak menunjukkan kekayaannya di media sosial sepertimana individu tertentu, Asad merasakan sikap mempamerkan kekayaan tidak akan memberi apa-apa faedah kepadanya.

Sebaliknya, ia hanya akan mengundang cakap-cakap yang tidak enak didengar.

"Rumah pertama yang saya beli adalah ketika saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab.


"Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan artis kaya. Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjuk harta.

"Lagi pula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya," katanya lain. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asmara_me 21-9-2022 11:24 AM
baguslah, stop terus nyanyian sebab memang takde bakat. Teruskan usaha untuk berbisnes, cuma kau jangan nyanyi je titik .
Quote hyie 21-9-2022 12:02 PM
produksi buat iklan ni kan, satu SAAT klip je dah berpuluh ribu. So kalau iklan tu 10 saat korasa berapa? agittew...tu kawan meols punya produksi lah heshe citer selepas meols riki2
Quote ashilalat 21-9-2022 12:09 PM
Meanwhile..retis² lama masih mengharap Nek Ani bagi rumah free.
Quote miszclassique 21-9-2022 12:09 PM
Memang banyak iklan muka dia ni sekarang
Yang paling i ingat iklan mister potato dgn si leona ke apa tu nama dia
Ok la tu daripada memalukan diri mcm kes nyanyi live kt indon dulu tu
Quote bulalof 21-9-2022 12:15 PM
tak suka menunjuk, tapi suka bercakap.
Quote ketupatnasi 21-9-2022 12:40 PM
what to expect...source pun portal Getaran punya gossip
btw igt Getaran, igt kat bebi Jera Jeri eberiting. Dah nikah kah? Kemahen hari tu kata Melodi nak buat live coverage
Quote duquesne 21-9-2022 01:38 PM
Asad ni anak orang have-have. tak heran pun dia ada business bagai semua. Bagus la dia ada wawasan, tak mengharap kat bidang nyanyian aje.
Quote pembacagosip 21-9-2022 01:43 PM
bagus dik jgn tunjuk riak oooo
Quote GummyBear123 21-9-2022 02:00 PM
Janna Nick beli 2 rumah, dia pun nak jugaaaaakkkk bagitau dia ada 2 rumah.

Bear pun nak bagitau jugaklah, ada 2 rumah (tapi mak oiiii semput nak membayar!) Tapi Bear bukan retis, marhein biasa jeww
Quote SalenaGomez 21-9-2022 02:01 PM
Asad ni bila makin dewasa xtahu la kenapa SG nampak muka nya dah mcm muka anak che ta
Quote nanasno 21-9-2022 02:09 PM
bagusla dik muda muda dah bisnis. ada kesedaran beli aset bagai. semoga sukses dik. jangan nyanyi dah ye.
Quote mawarkhayalan99 23-9-2022 10:27 AM
asad ni kalau tgk dia dkt dlm channel yt leona nampak mcm kelempukk sikit
Quote rosannazmia 23-9-2022 10:29 AM
Bagus2 muda2 dah ada visi.. bdk ni pon baik jer..
Quote kotakominami 23-9-2022 02:08 PM
Ini yg ckp tak menunjuk....kalau dia menunjuk cammana agaknye
Quote shernazz 23-9-2022 02:47 PM
Anak iols.cukup suka dia dok menggelinjang iklan milo tu..
Quote sleepandream 23-9-2022 04:11 PM
heols mmg anak orka khen...
btw misai heols tu buat muka heols nampak roper bangla
Quote renko 23-9-2022 06:13 PM
padahal meronta2 nak bagitahu
biar org tahu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054178 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top