CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

SM Faisal Saman Caprice

20-9-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12316| Komen: 75

Description: Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan k ...
Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.


SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Foto: IG


Dakwa plaintif, insiden tersebut diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.

SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.



"Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang," dakwa plaintif.

SM Faisal mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.



Menurut plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi selain dicemuh dalam kalangan masyarakat umum.

Dakwa ahli perniagaan itu, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu dihantar bagi memohon supaya defendan menarik balik hantaran itu selain memohon maaf kepada plaintif, namun defendan gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Turut dipohon perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarganya, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal ketika dihubungi pemberita hari ini, mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan memaklumkan 14 Okt ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 20-9-2022 05:48 PM
Sm Faisal ni jenis suami tak guna punya orang
Tapi tak bermakna dia tk sayang anak anak
Yg bermasalah sekarang ni Emilia tu
Mesti dia rindu hidup mewah macam dulu kan
Quote dudaberhias 20-9-2022 05:51 PM
adan ukerrr kena saman walaupun dedua kaka tak minat...
trauma terus bila dengar nama heshe ni... berkerak dikkk
Quote Raline 20-9-2022 05:58 PM
PADAN MUKA KAN AJE..
org ni kepala gila ada DUIT plak tu.. SAMAN je sampai tercirit...
Quote makcun14 20-9-2022 06:18 PM
Anak orka lawan anak orka . Cash is king. Berantam la sampai ajm pun duit tak habis makan
Quote pocongkiutss 20-9-2022 06:19 PM
apa yg calpis ni tulis
Quote beta_carotene 20-9-2022 06:27 PM
dudaberhias replied at 20-9-2022 04:51 PM
adan ukerrr kena saman walaupun dedua kaka tak minat...
trauma terus bila dengar nama heshe ni... ...

mcm lazat jugak..
Quote aammyy 20-9-2022 06:27 PM
Awat la topi nasik ni sibuk hal orang?
Quote dudaberhias 20-9-2022 06:35 PM
aammyy replied at 20-9-2022 06:27 PM
Awat la topi nasik ni sibuk hal orang?

takde job kut... nak cari clout... agittuh kaka syak...bisnes heshe semua kelaut...
Quote LadyCarefree 20-9-2022 06:36 PM
makcun14 replied at 20-9-2022 05:18 PM
Anak orka lawan anak orka . Cash is king. Berantam la sampai ajm pun duit tak habis makan

Topik tu bapaknya laaa dedulu org gomen sama mcm bapak misai kontot. Tp bezanya topik xrapat pon dgn apaknya. Dia kan lari dari rumah. Kayalah sangat topik ni.

Quote LadyCarefree 20-9-2022 06:39 PM
iols harap Pesal xlayan settle out court ke haper. Saman maximum kaw2. Dah dia kongajar org request baik2 kan suruh delete and minta maap xmo. Adan uke.
Quote BarbiePink 20-9-2022 06:41 PM
Saman2
Topi Nasi neh dh kawin pun
Sibuk jer gan org luar
Chouls jga ja anak bini tuh
Quote rosedemon 20-9-2022 06:44 PM
lantak kome la dua2 aku tak gemor
Quote dudaberhias 20-9-2022 06:54 PM

tapi dalam vid tu tak lazat... macam asam jawa gittuhhh kaka... belakang plak macam bontot belanga yindu hangkut naik batu caves tu... itam2 gittuhhh..
Quote shiraloveyou 20-9-2022 07:41 PM
Hesmes jugak faizal ni eh...tp antara adik beradik heols je la elok la saman je kepris tu..sibuk jaga tepi kain org
Quote matjerk 20-9-2022 07:47 PM
Mona din x mau saman ka
Quote purplelilac 20-9-2022 07:56 PM
Elok gak pesal ni saman caprice, sbb budak ni poyo sgt nk sibuk2 hal org. Ko pun x tau sapa btl sapa salah.
Quote Mummy_Shark 20-9-2022 08:13 PM
Dua2 aku tak berkenan
Makan popcorn je la tunggu apa kesudahannya
Quote cikgojesss 20-9-2022 08:48 PM
tak minat dedua, baik si sofa kerak ataupun si caprut..
tapi yg paling bodoh dlm kes ni semestinya si caprut.. dia ingat hakim tu buta tuli ke hape suka2 jatuh hukum.. jarang sgt dgr mahkamah syariah luluskan kes komital, kalau dah sampai kuar perintah tu maknanya emelia yg bermasalah.. setahu iols bab2 penjara bukan fav hakim syarie diorang koserrr nak sumbat org ke dalam leceh.. selagi boleh pusing, boleh setel je ikot option lain gerenti takkan ke dalam pun.. bengap sgt si caprut pun
Quote LautBiru52 20-9-2022 09:28 PM
What is on the news todayyy. Bang bang bang

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062124 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top