CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Skim 'Rumahku Syurgaku', Noraniza Idris Sebagai Pemegang Amanah Mungkin 'Scam' - Aktivis

20-9-2022 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9873| Komen: 96|Original author: Tatod

Description: Usahawan Mona Din dan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat membuat peringatan secara terbuka kepada penggiat seni Malaysia agar tidak termakan dengan tawaran harga rumah yang kedengaran tidak masuk akal ...
Mona Din. SUMBER BH Online.

Usahawan Mona Din dan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat membuat peringatan secara terbuka kepada penggiat seni Malaysia agar tidak termakan dengan tawaran harga rumah yang kedengaran tidak masuk akal. 

Memetik laporan Getaran, perkara itu dibangkitkan ketika mengulas tindakan dan modus operandi sebuah pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku dengan menawarkan rumah berkos RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Melalui skim tersebut, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga tersebut dan bagi rumah bernilai RM1 juta pula, mereka hanya perlu membayar RM10,000.

Sumber Getaran

"Saya telah meneliti berita yang dilaporkan beberapa akhbar tempatan beserta video klip yang menunjukkan artis veteran menangis kerana bakal dapat rumah. Saya dan rakan-rakan aktivis membuat semakan semula untuk mengenal pasti adakah tawaran yang dikenakan itu too good to be true," katanya.

Mona yang ditemani peguam Khairul dan seorang lagi, Mahmud Abdul Jumaat itu menjelaskan, pemaju hartanah tersebut turut melantik penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris sebagai pemegang amanah skim Rumahku Syurgaku dalam sebuah majlis Jun lalu. Difahamkan 200 selebriti telah memohon skim tersebut.

"Saya juga telah menghubungi Noraniza Idris untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang dokumen berkaitan projek namun ditolak. Pertemuan saya dengan beberapa penggiat seni telah berlangsung pada 1 September lalu untuk berbincang lebih lanjut mengenai kes tersebut.

"Saya memberikan pandangan bahawa mungkin ada unsur scam dalam skim ini namun mereka menolak. Jadi, saya menghormati pandangan mereka," katanya.

Sumber Harian Metro

Sementara itu, menurut Khairul Anwar pula, ada bayangan yang boleh diperhatikan menunjukkan terdapat unsur penipuan dalam skim Rumahku Syurgaku untuk penggiat seni ini.

"Jika kita tengok, terdapat tawaran yang agar luar biasa diberikan iaitu bayar RM10 untuk dapat rumah RM500,000. Kemudian dia kata RM10 itu dah habis, dia tawarkan rumah RM1 juta dengan syarat bayar RM10,000.

"Bila dah ramai rasa terlepas untuk dapatkan berharga RM500,000 itu, ramailah yang akan bayar RM10,000 untuk dapatkan rumah RM1 juta. Itu sudah red flag.

"Seterusnya tempoh masa. Tidak ada pelaburan yang stabil oleh pihak syarikat. Yang ada hanyalah bon-bon yang palsu. Ia bon yang sama kita boleh beli di Shopee. Kita boleh simpulkan ini adalah ciri-ciri scammer melainkan ia dibuktikan sebaliknya," kata Khairul.


Khairul Anuar Rahmat

Mereka berharap, para selebriti akan lebih berwaspada terhadap tawaran disamping menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan kerana ada kemungkinan deposit yang dikutip oleh syarikat pemaju tidak mendapat kelulusan Bank Negara. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BellaThePrinces 20-9-2022 11:38 AM


petik ayat dari Pseudoscience Page :
"kalau bayar RM10 dan akhirnya burn, you may say no problem.
namun yg dh bayar RM10 ribu dan dtawarkan rumah bnilai RM1 juta, if you do get the house it is miracle.
however if the money burns, simply blame on your ignorance"

secara logik..ada ke rumah lg murah dari kos. 10k tu buat bilik air je boleh kot.



Quote epal_putih 20-9-2022 11:40 AM
Yg guna retis² nk promote ni aduhaiii
Cam seshuatu je
Quote pocongkiutss 20-9-2022 11:43 AM
Retis mmg b***
Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 11:49 AM
thats why manusia yang sama akan masuk perangkap sama. . no body can change ourself unless we notice and learn how to change ourself. its same pattern and repeated pattern. dalam buku2 dah jelaskan benda ni dah.
Quote DayangKirana 20-9-2022 11:52 AM

yang percaya and follow retis tu berdabel2 b*** nye...
Quote makton 20-9-2022 11:52 AM
so kak ani terus senyap je ke??
mcm wak doyok & pijo tu.. terus diam walaupun kena himpit soalan netijennn
Quote pocongkiutss 20-9-2022 11:56 AM
DayangKirana replied at 20-9-2022 11:52 AM
yang percaya and follow retis tu berdabel2 b*** nye...

Aku benci retis yg jadi maskot scammer ni..diorg mcm dajjal memancing org masuk dalam perangkap scammer

Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 12:00 PM
BellaThePrinces: petik ayat dari Pseudoscience Page : "kalau bayar RM10 dan akhirnya burn, you may say no problem.namun yg dh bayar RM10 ribu dan dtawarkan rumah bnila ...


zaman2 dulu ada lah buat rumah guna polisterin. hahaha. ni musim tengkujuh ni rumah polisterin kena tiup angin  terbang  atau ranap walaupun tampal plaster dan celup chemical substance untuk elak terbakar.

Quote kotakominami 20-9-2022 12:01 PM
Bagus la kak mona ni prihatin nk tolong siasat...muntri perumahan mane?
Quote tomiko_haza 20-9-2022 12:08 PM
dengar pun tk logik
rm10 utk rumah rm500k
imposible imposible
Quote sayawifenikmie 20-9-2022 12:12 PM
scammer mmg wujud.

baru lepas kena scam RM300 (beli 10 lai tudung pajuwa)
rupanya bayar kat scammer
Quote krustykrab 20-9-2022 12:12 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2022 11:43 AM
Retis mmg b***

Dapat duit kot  tu yg ahhh lantaklah..janji masyuk
Quote pocongkiutss 20-9-2022 12:15 PM
krustykrab replied at 20-9-2022 12:12 PM
Dapat duit kot  tu yg ahhh lantaklah..janji masyuk

Sejenis selfish..fikir utk lepaskan tengkuk dia je..sikitt oun xde rasa bersalah kalau org yg terpengaruh dgn dia tu tertipu dgn scammer..serius aku benci sgt2 dgn retis camni
Quote Nenolen 20-9-2022 12:18 PM
imej scammers menunggang agama betui…
Quote nurul_akmar 20-9-2022 12:19 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2022 12:15 PM
Sejenis selfish..fikir utk lepaskan tengkuk dia je..sikitt oun xde rasa bersalah kalau org yg terp ...

yee... lepas tu buat kenyataan " sy dh xde ape2 lagi dgn company ABC". sila jangan libat kan sy. sekiranya masih libatkan sy, tindakan undang2 akan diambil.

what the fish kn... ketika dia duta, beria promote n org join. lps kena scam, lepaskan tengkuk sendiri shj..
Quote laksmanabentan 20-9-2022 12:24 PM
baru nampak gambar nek ani sebelah yang lain2..
selalu duduk nampak separuh badan jer....

sekali tengok macam enot ler pulakkk
Quote pocongkiutss 20-9-2022 12:25 PM
nurul_akmar replied at 20-9-2022 12:19 PM
yee... lepas tu buat kenyataan " sy dh xde ape2 lagi dgn company ABC". sila jangan libat kan sy. s ...

Iols rasa kan...retis2 ni..jauh kat lubuk hati diorg ..diorg tau benda ni scam..tp sbb diorg ada dpt habuan..diorg peduli apa kan??
Quote asamfish 20-9-2022 12:27 PM
kotakominami replied at 20-9-2022 12:01 PM
Bagus la kak mona ni prihatin nk tolong siasat...muntri perumahan mane?

kakMona ni mmg bagus....dia bongkar guna fakta.  bukan sembarangan

Quote asamfish 20-9-2022 12:28 PM
semoga retis2 yang jadi duta scammer, duta produk timbang kilo semua ni mereput.....

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top