CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nikah 25 Oktober Depan? Sweet Qismina Dah Bagi 'Hint'

20-9-2022 09:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1786| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Pelakon, Sweet Qismina, 24, mendedahkan hari pernikahannya dengan aktor, Adam Lee bakal berlangsung tidak lama lagi.Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Farhana Qismina Supandi itu ber ...
Sumber IG


Pelakon, Sweet Qismina, 24, mendedahkan hari pernikahannya dengan aktor, Adam Lee bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Farhana Qismina Supandi itu berkata, 'hint' tarikh pernikahan mereka sudah pun diberikan sejak berlangsungnya majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.


"Sebenarnya, daripada majlis pertunangan lagi kami sudah memberi hint bakal mengikat ikatan itu dalam masa setahun.

"Jadi, apa yang boleh saya cakap, insya-Allah majlis pernikahan kami akan berlangsung tidak lama lagi," katanya.

Walaupun tarikh pernikahan sudah ditetapkan namun kata Sweet, dia dan Adam hanya akan mengumumkan perkara tersebut secara rasmi sebulan atau beberapa minggu sebelum majlis.


"Tarikh semua sudah ada. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau mungkin sebulan atau beberapa minggu sebelum, memang kami akan umumkan kepada peminat.

"Sejujurnya kami sebenarnya dah beritahu tahun lepas sewaktu majlis pertunangan, memang tarikh yang sama selepas setahun.

"Tapi, tidak dinafikan dalam masa setahun macam-macam boleh terjadi. Mungkin juga orang dah lupa. Siapa yang ingat bila kami bertunang mungkin mereka dah boleh agak tarikh pernikahan kami akan berlangsung," kata aktres itu.


Mengakui gementar berdepan dugaan, Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti.


Terdahulu, pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 20-9-2022 12:51 PM
Congratulations
Die berlakon ok tp xde wow faktor
Smpi skang x bape nk up

Cm janna nick dah up
Tp ade masalah mental plk
Quote Nnasda53 20-9-2022 02:19 PM
Tahniah la.
Moga majlis berjalan lancar.
Quote Nenolen 20-9-2022 03:02 PM
Semoga semua urusan dipermudahkan…acik suka tgk ko jadi spoil brat dlm hikayat putera syahzan…
Quote F685 20-9-2022 03:07 PM
Rasanya both of them mcm muda lagi (Belum late 20s).

Baguslah kalau dah bersedia nak berumahtangga. Semoga dipermudahkan urusan.
Quote dudaberhias 20-9-2022 03:14 PM
eee dah basi dah pun... semoga urusan di permudahkan agittuhhh...
suruh bakal somi kaler rambut hitam balik... dah macam orang asli... tak naik seri pengantin nanti... nampak macam apa je... dedua herlokkk harus lah di helokkkan balik.... bukannya di kepamkan lagi...
Quote aammyy 20-9-2022 03:27 PM
"Mengakui gementar berdepan dugaan, Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti."

Tapi Adam ni debut bila ya?
Quote mizruncing 20-9-2022 03:30 PM
elok laa kawen cepat. tgk masing2 pn mcm tak sabar je
Quote cmf_PariS 20-9-2022 04:24 PM
aku siap tgk date kot aku salah.. aku ingat dh kawin aduhaiiiii
Quote epullipan 20-9-2022 05:05 PM
ok noted..congrats bye
Quote kalchi 20-9-2022 05:05 PM
Laki dia ni slebet betul ye. Dgn rambut kaler mcmtu.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060357 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top