Sumber Getaran
"Saya telah meneliti berita yang dilaporkan beberapa akhbar tempatan beserta video klip yang menunjukkan artis veteran menangis kerana bakal dapat rumah. Saya dan rakan-rakan aktivis membuat semakan semula untuk mengenal pasti adakah tawaran yang dikenakan itu too good to be true," katanya.
Mona yang ditemani peguam Khairul dan seorang lagi, Mahmud Abdul Jumaat itu menjelaskan, pemaju hartanah tersebut turut melantik penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris sebagai pemegang amanah skim Rumahku Syurgaku dalam sebuah majlis Jun lalu. Difahamkan 200 selebriti telah memohon skim tersebut.
"Saya juga telah menghubungi Noraniza Idris untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang dokumen berkaitan projek namun ditolak. Pertemuan saya dengan beberapa penggiat seni telah berlangsung pada 1 September lalu untuk berbincang lebih lanjut mengenai kes tersebut.
"Saya memberikan pandangan bahawa mungkin ada unsur scam dalam skim ini namun mereka menolak. Jadi, saya menghormati pandangan mereka," katanya.
Sumber Harian Metro
Sementara itu, menurut Khairul Anwar pula, ada bayangan yang boleh diperhatikan menunjukkan terdapat unsur penipuan dalam skim Rumahku Syurgaku untuk penggiat seni ini.
"Jika kita tengok, terdapat tawaran yang agar luar biasa diberikan iaitu bayar RM10 untuk dapat rumah RM500,000. Kemudian dia kata RM10 itu dah habis, dia tawarkan rumah RM1 juta dengan syarat bayar RM10,000.
"Bila dah ramai rasa terlepas untuk dapatkan berharga RM500,000 itu, ramailah yang akan bayar RM10,000 untuk dapatkan rumah RM1 juta. Itu sudah red flag.
"Seterusnya tempoh masa. Tidak ada pelaburan yang stabil oleh pihak syarikat. Yang ada hanyalah bon-bon yang palsu. Ia bon yang sama kita boleh beli di Shopee. Kita boleh simpulkan ini adalah ciri-ciri scammer melainkan ia dibuktikan sebaliknya," kata Khairul.
Khairul Anuar Rahmat
Mereka berharap, para selebriti akan lebih berwaspada terhadap tawaran disamping menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan kerana ada kemungkinan deposit yang dikutip oleh syarikat pemaju tidak mendapat kelulusan Bank Negara. - CARI