CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10658|Reply: 13

Dah kayuh basikal hampir 300km, Amar Baharin dijangka sampai ke Hatyai Jumaat ini

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Nampaknya pelakon Amar Baharin memang tidak main-main dengan aktiviti berbasikal apabila kini dalam misi kayuhan dari Kuala Lumpur ke Hatyai di Thailand.

Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, tidak berseorangan sebaliknya ditemani oleh jurulatihnya dikenali sebagai Ady menyelesaikan perjalanan memakan jarak sejauh 550 kilometer.



Berkongsi mengenai misi berkenaan, Amar memberitahu kayuhan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim pada hari pertama turut ditemani oleh rakan-rakan daripada komuniti berbasikal Seven Cycle.

"Doakan perjalanan kami untuk hari kedua. Kami memulakan kayuhan dari Kampar sampai ke Bagan Serai dalam 150 kilometer.

"Doakan perjalanan kami dan kami doakan anda semoga baik-baik sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Amar ketika dihubungi mStar menjangkakan akan sampai ke Hatyai pada Jumaat ini.


  


Kata Amar, setakat hari kedua kayuhan tersebut dia tidak mengalami sebarang kesukaran sebaliknya hanya kepenatan disebabkan cuaca panas.

"Insya-Allah esok (Khamis) kami akan bergerak dari Parit Buntar sampai ke Alor Star dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.

"Dari Alor Star kami akan terus kayuh ke Hatyai dan insya-Allah kami sampai ke sana pada Jumaat ini," katanya.

  


Menjengah ke Instagram isterinya iaitu Amyra Rosli, aktres itu berkongsi perasaan tidak dapat tidur malam kerana bimbang akan suaminya.

Pelakon itu juga memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan suaminya sepanjang perjalanan.

"Saya rasa tidak boleh tidur malam ini sebab buah hati nak kayuh sampai ke Thailand.

"Doakan perjalanan suami saya," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak melecet ke telor tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak melecet ke telor tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa belakon makin kayu si ammarrr ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa faedahnya selain mencapai keinginan dan hobi sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 08:33 AM | Show all posts
tgh follow drama Astro- Berbagi Suami. Lakonan Amar Bahrain, Sit Elizad & SH Husna. Best gak drama version Malaysia ni. Pelakon2 semua laki bini orang tp in character betul peluk2/ pgg tangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2025 08:38 AM | Show all posts
doubleA replied at 5-2-2025 09:00 PM
Apa faedahnya selain mencapai keinginan dan hobi sendiri?

sebab minat sis. kawan iols laki bini pegi ke Europe sana ha semata nak cycling kt sana. gigih bawak basikal
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 10:39 AM | Show all posts

why don't u play with ur own balls?


sibuk je melecet la ape lah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 10:40 AM | Show all posts
main panas tetap menten putih
mencikkkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 5-2-2025 09:00 PM
Apa faedahnya selain mencapai keinginan dan hobi sendiri?

Apalah tujuan hidup kalau tak buat benda benda yang kita suka. Tak kan lah nak bangun, pergi kerja, balik, tidur. On repeat je.  Benda benda macam ni lah yang jadikan hidup tu, hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah mengadalah lelaki camni. Anak tinggal kat bini jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 6-2-2025 01:46 PM
Apalah tujuan hidup kalau tak buat benda benda yang kita suka. Tak kan lah nak bangun, pergi kerja ...

Ya terpulanglah asal tak susahkan org lain. Bini dia risau tu risiko keluarga dorang lah. So at your own risk. Agree to disagree jah hidup setiap orang lain2 so hidup la camana pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hobi memasing. Laki org lain hobi lain pulak. Jgn hobi main pompuan sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 04:27 PM | Show all posts

kakakka.. lucu komen uoulss..
seluar depa ni padding tebal.. idoklah sakit or melecet..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085915 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list