CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Dimakan Buaya Semasa Memancing

19-9-2022 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1137| Komen: 8

Description: Bintulu: Lelaki Indonesia dipercayai maut disambar buaya semasa sedang memancing di Sungai Semba di kawasan Taman Perindustrian Samalaju di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri dekat sini, malam tadi.
Bintulu: Lelaki Indonesia dipercayai maut disambar buaya semasa sedang memancing di Sungai Semba di kawasan Taman Perindustrian Samalaju di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri dekat sini, malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju Hashim Norshidi dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada 10.20 malam.

Foto: JBPM

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba bertindak menjalankan pemantauan serta pencarian awal secara permukaan di lokasi terakhir mangsa dilihat selama satu jam, namun gagal menemui mangsa," ujarnya.


Selepas itu katanya, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan disebabkan sudah lewat malam dan disambung pada pagi ini.

Beliau berkata, maklumat awal yang diterima dari pengadu mengatakan mangsa dikenali sebagai Hermanto, 40.

Semasa kejadian, rakan mangsa yang juga pengadu berusia 27 tahun turut berada di lokasi sama dan ternampak mangsa disambar buaya dan diseret ke dalam air.

Difahamkan, semasa kejadian, mangsa memakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar jeans.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 19-9-2022 11:32 AM
lama dh tu buaya tu intip dia...
seremm la wey sungai2 besaq2 gini
Quote LoveSungmin 19-9-2022 11:32 AM
orang sabah sarawak tak payah la mancing sungai.. dah banyak sangat kes mati dibaham buaya..
Quote pooh~key 19-9-2022 11:35 AM
LoveSungmin replied at 19-9-2022 11:32 AM
orang sabah sarawak tak payah la mancing sungai.. dah banyak sangat kes mati dibaham buaya..

Akak syak itu jah sumber untuk menampung makan pakai theols sister. Tak boleh nak buat apa sis. Melainkan kita panggil geng2 gucci prada chanel fendi datang buru ambik kulit theols buat beg sis. Namun, bagi akak between manusia dengan buaya, better manusia yang pupus dek. Kohkhkohkohkohkohkoh!
Quote Skuau 19-9-2022 12:05 PM
LoveSungmin replied at 19-9-2022 11:32 AM
orang sabah sarawak tak payah la mancing sungai.. dah banyak sangat kes mati dibaham buaya..

tak kot... depa kan bg kt indon tu...bior la...
Quote Skuau 19-9-2022 12:07 PM
pooh~key replied at 19-9-2022 11:35 AM
Akak syak itu jah sumber untuk menampung makan pakai theols sister. Tak boleh nak buat apa sis. Me ...


manusia pupus??? abeh buaya nk mkn apa??? bior buaya jer yg pupus...sapa la nk make boya...jd boya..ada...la...
Quote rosedemon 19-9-2022 12:16 PM
kome jgn la mancing2 dah tau byk buaya adui
Quote kakikuDibibirmu 19-9-2022 12:17 PM
Totodile tersenyum sinis

158.png
Quote supernaturalee 19-9-2022 12:19 PM
x jumpa pun lg dh dikata mati

sungguhpun kemungkinan besar itu yg berlaku

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.198067 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top