CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Apa Yang Melukakan Hati Sebagai Anak?"-Ramai Gen Z Sakit Hati Mak Ayah Asyik Main Telefon, Buka Aib Anak Pada Orang Lain

19-9-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2522| Komen: 23

Description: Acap kali kita mendengar keluhan ibu bapa tentang masalah ketagihan gajet termasuk penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak.
Acap kali kita mendengar keluhan ibu bapa tentang masalah ketagihan gajet termasuk penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak.

Malah ia dikatakan semakin membimbangkan berikutan terdapat beberapa kes keganasan berlaku seperti kejadian sekitar tahun 2020 di Jelebu, Negeri Sembilan yang mana seorang anak sanggup menikam bapanya selepas ditegur bermain telefon bimbit.

Bagaimanapun, perkongsian seorang pelayar Facebook yang dikenali sebagai Nasiha Ismail baru-baru ini membuatkan masyarakat khususnya ibu bapa terkejut dengan luahan golongan anak-anak.




"Sebelum lelap mata, scroll TikTok... naik kat FYP, seorang wanita bertanya pendapat kepada anak-anak generasi Z kerana nak tahu isi hati mereka sebab dia pun ada anak.


"Soalannya 'apa yang melukakan hati sebagai anak'. Melihatkan komen... terus rasa sentap, sedih semua ada," katanya menerusi posting Facebook.

Kata Nasiha dia terkejut apabila rata-rata yang meninggalkan komen memberitahu mereka diabaikan ibu bapa yang leka bermain telefon bimbit.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan luahan tersebut dilakukan sendiri oleh golongan remaja yang melalui fasa kesukaran bersama keluarga.

Foto: mStar

"Apabila nak bercerita dengan mak, tapi mak main telefon.

"Sakit sangat kak. Perit didewasakan oleh keadaan, terpaksa tersenyum.

"Mak ayah tak pernah minta maaf apabila perkara tu jelas-jelas salah mereka.

"Unappreciated, unheard and unsupported," demikian antara luahan dalam tangkap laya yang dimuat naik Nasiha.

Selain itu, ada juga yang meluahkan kekecewaan mendakwa ibu bapa mereka gemar 'mengumpat' atau menceritakan keburukan anak-anak dan sering membandingkannya dengan saudara mara yang lain mahupun anak jiran tetangga.




"Jangan cakap yang buruk-buruk tentang anak dekat kawan, jiran, sepupu atau makcik bawang.

"Telling all my embarassing stuff to my aunties to downgrade me.

"Membandingkan masalah yang anak lalui dengan masalah yang parents lalui," ujar beberapa remaja lagi.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan bahawa diri mereka dikongkong dan ibu bapa tidak pernah memberi penjelasan jika sesuatu perkara tidak boleh dilakukan.

Terdahulu, posting yang dibuat Nasiha di Facebook miliknya menjadi tular sehingga dikongsikan lebih 25,000 pelayar.

Rata-ratanya menzahirkan kebimbangan jika mereka secara tidak sedar melakukan perbuatan yang boleh melukakan hati anak-anak.

"Sedih dan risau kalau suatu masa nanti kita terbuat yang sama... dan anak fikir (perkara) yang sama.

"Budak-budak selalu mengadu macam ni terutama sekali apabila mereka dapat keputusan kurang daripada sepupu atau anak-anak jiran.

Rata-ratanyanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa masing-masing

Rata-ratanyanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa masing-masing.

"Kita pun sedih kalau orang bercakap dengan kita tak bersungguh-sungguh... budak pun sama," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat warganet yang menyatakan luahan negatif tersebut disebabkan golongan remaja sedang melalui fasa 'memberontak'.

"Tanya anak memanglah penuh 'wall' sis tu dengan ayat dan luahan negatif. Dah memang hidup anak memberontak, buat la apa pun semua depa (mereka) rasa betul.

"Pokok pangkal tugas anak-anak hormat, taat pada agama dan ibu bapa serta mengaji (belajar) bagi pandai.

"Susah juga nak cakap. Dulu kita kecil-kecil dimarah terima saja, jarang nak salahkan mak ayah sebab tahu apa yang mereka buat demi kebaikan kita... sekarang tak sama," jelas beberapa netizen lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 19-9-2022 11:04 AM
entah la nak, memang mencabar nak memahami para remaja sekarang ni kan..
cam tu la mak bapak kita dulu kot
Quote shida81 19-9-2022 11:06 AM
Ada nampak tt ni lalu... Sambil2 bc tgk apa budak2 ni nk ckp... Even x amik 100% elok jugak kt amik tau apa yg dorang rase.. Zaman da berubah... Bdk2 zaman skang fragile gile.. Ngn mk pk yg bz men henpon x mcm mk pk kite dulu.. Pak bz carik duit.. Mk bz kemas umah.. Wat kuih htr kedai.. Blk sek mk ada je kat umah...
Quote pekanwoohoo 19-9-2022 11:11 AM
Tambah lagi, bila suka compare kita dengan anak orang lain. Mulalah cakap anak orang tu boleh, kenapa kau tak boleh? Anak orang tu pandai, kau kenapa tak pandai? Anak orang tu rajin pergi masjid, kau kenapa duduk rumah? And the list goes on.

Tapi rasanya bukan masalah GenZ je. Memang adat jadi anak macam tu kot.

Cuma sekarang lagi payah sebab semua available online, jadi kadar ketularan tu makin pantas, jadi makin banyak cabaran.
Quote sangbara2020 19-9-2022 12:12 PM
ntah lah..
dulu sllu ckp mak aku xmemahami aku
skrg tau la rasa cmne...
kat opis ni pun jenis makcik2 bwg ske banding2kan anak...bkn anak je semua bnde nk bandingkan
aku jenis low profile...lagi kurang bercakap lagi bagus kan...kohkoh
Quote rosedemon 19-9-2022 12:15 PM
muhasabah untuk ibu bapa. boleh bca apa nak genz yg slalu dilabel lembik ni rasa
Quote cmf_premierleag 19-9-2022 12:18 PM
Pernah aku tgk satu budak ni, maknya janda
Maknya sibuk layan boyfren kat tepon
Si anak ni gigih nk bercerita apa jadi kt skolah td
Sbb aku x smpi hati tgk mak dia bolayan, aku layan kan je la budak tu bercerita psl hal2 skolah dia. Ms tu mmg aku rs nak sepuk je kepala mak dia tu
Quote ais_kosong 19-9-2022 12:34 PM
Zaman dah berubah..
Kita tak boleh nak bandingkan zaman batu kita dengan zaman sekarang.
Quote SWORKS27 19-9-2022 12:47 PM
time is change..
skrg zaman mak pak nak bersaing dalam sokmed anak sapa yg pandai...
Alhamdulillah...anak aku dapat 9A....Alhamdulillah..anak aku dapat no 1 mewarna tadika ABIM...
Quote sukacactus 19-9-2022 12:58 PM
Ntah la...sebab ank aku 2 org je, aku yg hantar ambik diorang skolah, masuk je kete aku dah tya "How's your day"
Diorang bebas masuk keluar bilik aku, tya je apa2, bila2 masa, no boundaries
Ank dgn kita xlama...sekejap je rasa...skit lg semua nak terbang keluar sarang dah
So guna kan la masa yg ada ni sebaiknya
Quote rospinki 19-9-2022 01:08 PM
baru semalam masa tgk movie black diamond aku ckpla kt anak citer ni dh tgk 2006 tapi time tu manade tgk betul2 ke depan ke belakang smbil buat keje, aah la mak ktanya time tu kitorg kecik2 mak bagi je tgk citer kt astro, astro tk de control tgk siang malam..kakak baca ramai parents contorl tgk tv/internet tknk anak terpengaruh benda2 tk elok dri tv. satu2nya kitorg terpengaruh adalah bila kt skolah ckp ' jam aku ikut time astro' lain2 takde apa..hilang bersama masa. apa yg korg tak suka? mak tanya..takde apa mak kita puass hidup jADI BUDAK SATU RUMAH DICONTENG BERSEPAH biar..tapi penatlah mak ni membaca diorg. simpan kejap dah sepah balik. skrg bila dh besar sikit aku semakin jauhkan diri dari mereka takmau ganggu pikiran dan pilihan mereka. jika anak2 dtg meminta itu ini aku bagi saja apa minta mereka, mujur mereka bukan jenis suka meminta2. usaha sendiri katanya.
Quote Innrukia 19-9-2022 01:45 PM
takde plak yg komen makpak depa busy layan & humble brag kat forum
Quote nomie 19-9-2022 02:58 PM
sedihnya..
Quote tri-max 19-9-2022 03:13 PM
ermm, ndak tahu mau komen apa kalu libatkan emosi
sendiri yg rasa, org lain tak leh rasa, org lain pun ada emosi berlainan
just move forward if you're in hell, why would you stop in hell btw ... gitu steve harve bermadah
Quote Nnasda53 19-9-2022 03:33 PM
Bila anak2 nak bercerita tapi di abaikan ibu ayah percaya lah tu adalah satu kemalangan dalam kehidupan.
Anak2 ni nak bercerita sekejap je tak selama mana menghadap phone.
Amik ikhtibar.
Quote white_musk 19-9-2022 03:47 PM
sesungguhnya, main game itu lebih seronok dari melayan anak anak
lihet tiktok itu lebih menghiborkan dari dengar cerita anak anak

tak gitu?
Quote _blackbird 19-9-2022 04:23 PM
benda ni simple je. it's alright youngster tak paham elder cuz they not there yet, but it's wrong the otherwise, semua elder pernah jadi muda ermm takkan tak paham2 rebel org muda, darah panas muda etc

Quote Highflyer19 19-9-2022 09:35 PM
Malbapak kena alert benda2 mcm ni…nanti anak2 mberobtak susah
Quote penmerah 19-9-2022 09:58 PM
Innrukia replied at 19-9-2022 01:45 PM
takde plak yg komen makpak depa busy layan & humble brag kat forum

Hahahaha ko ni Inn
Terasa hakak
Padan muka hakak
Quote anakmak 19-9-2022 10:07 PM
Pasti mak bapak budak2 tu punnnn dapat parents lebih kurang diaorg jugak (atok nenek)
Lagi 1 jenis parents yg tersekat dgn dunia diaorg

Org beranak dia org pun nak beranak
Pastu memasing escape dgn fantasi

Anak2 kalau dilayan hatta yg 19 20 taun pun
Takkan berenti bercerita semua benda

Jangan perlekehkan anak2 walau anak masih baby
Ajar erti kemanusian
Walau kau kena repeat the process like 300 mill times
Tapi
Selagi anak2 duduk satu bumbung dgn kita mak ayah
Selagi tu tugas mendidik tak pernah habis
Dgn harapan bila x duduk sekali tak ada depan mata
Lekat segala pesanan mak ayah

To handle these gen mmg kena sumbat facts
Apa benda diaorg putar sekali pun
Fakta tetap fakta
emosi fakta mental fakta physical fakta
Akan ada 1 ketika anak2 tu akan hadap apa yg difaktakan
Mmg kena jadi radio buruk
Tapi nak buat camnokan
Sbb nak beranak jugak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.361474 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top