CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Yang Mengorat- Ingat Anak Dara Rupa-Rupanya Anak Dah 7 Orang

19-9-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12209| Komen: 167

Description: Taiping: Melihat wajah dan penampilan luarannya mungkin ada yang beranggapan Noriza Tul Akma Abdullah belum berumah tangga.
Taiping: Melihat wajah dan penampilan luarannya mungkin ada yang beranggapan Noriza Tul Akma Abdullah belum berumah tangga.

Hakikatnya, wanita berusia 32 tahun itu sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripadanya meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.

Ia hasil perkahwinannya dengan suami, Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada 2006 iaitu ketika dia berusia 16 tahun.

Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.


Foto: Harian Metro


"Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.

"Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.

"Tempoh lima tahun pada awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan.

Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.

"Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.

"Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar," katanya.

Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.

Akma berkata, ada juga individu yang cuba 'mengayatnya' kerana beranggapan dia belum berkahwin.

"Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.

"Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin," katanya.

Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.

"Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).

"Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.

"Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.

"Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

"Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi," katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missmarvolo 19-9-2022 11:30 AM
so? apekah yang cuba disampaikan?
Quote Mahathirina 19-9-2022 11:31 AM
Kalau Rosmah tu gini yang Najib tergila2 kan dia tu logik la jugak..  
Quote prince_marhaen 19-9-2022 11:38 AM
takdelah nampak macam anak dara pun...mekap tebal sekati pun tetap nampak macam bini orang or janda... feeling2 je kauuuu kan..
Quote ifanonline 19-9-2022 11:39 AM
sudah pasti lubangnya luas
Quote mizruncing 19-9-2022 11:42 AM
laki muka so so. kerja apa laki nyaa? aku tak jeles ngan org yg ramai anak ni kalau dia mampu dari serba serbi pakaian, pendidikan semua. contoh mcm tinduck. beranak la ramai2 sbb dah tentu kau kaya n mampu dari serba serbi dlm ekonomi zaman skrg ni
Quote Skuau 19-9-2022 11:43 AM
eh..tableh la..ramai nau orng dengki ni...
Quote vanillaninja 19-9-2022 11:55 AM
Okay je nampak anak2 semua wangi dan terjaga elok.
Quote syaz_lina 19-9-2022 11:57 AM
comey2 anak perempuan, ikut emak. bagus kawen muda, anak2 macam sebaya dgn emak
Quote sarahmirza 19-9-2022 11:57 AM
Sekolah tak habis la ni kan...
Quote supernaturalee 19-9-2022 11:58 AM
prince_marhaen replied at 19-9-2022 11:38 AM
takdelah nampak macam anak dara pun...mekap tebal sekati pun tetap nampak macam bini orang or janda. ...

plus filter lg tu



Quote krustykrab 19-9-2022 11:59 AM
missmarvolo replied at 19-9-2022 11:30 AM
so? apekah yang cuba disampaikan?

Berenti sekolah dan kawin cecepat supaya org ingat anak² tu adik² kita je
Quote Lily_Elizabeth_ 19-9-2022 12:02 PM
ifanonline replied at 19-9-2022 11:39 AM
sudah pasti lubangnya luas

Coiii


Ayat ini pasti ada.
Adoii.
Quote krustykrab 19-9-2022 12:03 PM
Biasanya org yg tak de benda penting nk diceritakan...dia akn cerita la pasal org nk mengorat dia wpun dia dh kawin..dlm kata lain dia nk org semua tau yg dia cantik bergetah.

Quote makadek 19-9-2022 12:07 PM
Kalau ko beranak beranak membiak sampai nk bg anak2 ko makan udang bercatu sorang 2ekor baik lupakan ..
Quote Suchi 19-9-2022 12:08 PM
Sudah2 la nak disamakan dgn anak dara bagai, apa ingat anak dara je ke yg body masih slim?
Anak dara takde ke body melebor?

Apapun dlm anak berceretek tu dia masih ada masa nk mekap dan main tiktok ya?
Quote rosedemon 19-9-2022 12:17 PM
tgk tok laki tak selera
Quote missmarvolo 19-9-2022 12:19 PM
krustykrab replied at 19-9-2022 11:59 AM
Berenti sekolah dan kawin cecepat supaya org ingat anak² tu adik² kita je

hahahaha...maaf terlepas pandang point yang satu ni
Quote laksmanabentan 19-9-2022 12:21 PM
prince_marhaen replied at 19-9-2022 11:38 AM
takdelah nampak macam anak dara pun...mekap tebal sekati pun tetap nampak macam bini orang or janda. ...

filter aja tu uoollsss...
tengok la muka jantan pun flawlesss tuh...
Quote SWORKS27 19-9-2022 12:25 PM
prince_marhaen replied at 19-9-2022 03:38 AM
takdelah nampak macam anak dara pun...mekap tebal sekati pun tetap nampak macam bini orang or janda. ...

tanpa mekap pun, aku rasa pompuan ni lawa dah...untongkan ponder2 produk pemutih je lebih..last2 ponder pompuan semua jadi lupa diri hilang maruah.tekinja2 mcm beruk

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060984 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top