CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Selesai Buang Tiub Fallopian, Achey Tak Dapat Teman Di Hospital Sebab Kerja

20-8-2022 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5010| Komen: 38

Description: Selesai menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat, pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini masih lagi berada dalam pemantauan pakar.
Selesai menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat, pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini masih lagi berada dalam pemantauan pakar.


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, bagaimanapun memberitahu dia masih belum mengetahui perkembangan terkini isterinya yang berada di sebuah hospital di Johor.

Foto: IG

"Saya tidak tahu macam mana nak cakap. Apa yang saya tahu dia sedang berehat sekarang.

"Dia masih berada dalam pemerhatian rapi doktor sebab pembedahan kali ini agak lama dan sepatutnya berlangsung selama dua jam sahaja sudah selesai tetapi kali ini mengambil masa yang agak lama," katanya kepada mStar.



Sementara itu, Achey juga meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan isterinya yang tetap memberi sokongan untuknya membuat persembahan dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Hasanah atau lebih mesra disapa Anne dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dinasihatkan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.

Mengakui sedikit terganggu kerana bimbang dengan keadaan kesihatan isterinya itu tetapi Achey berfikiran positif dan kekal bersikap profesional.


"Dia masih dalam rawatan, saya anggap pembedahan berjaya dan dia sendiri cakap dengan saya jangan susahkan orang lain.

"Pada mulanya agak terganggu tetapi dia nasihatkan saya agar jangan susahkan kawan-kawan, jangan susahkan program.

"Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional," terangnya.



Dalam pada itu, Achey turut memohon orang ramai dan peminat terus mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

"Sekarang dia sudah selesai pembedahan tetapi doktor untuk melihat keadaannya sama ada stabil atau tidak.

"InsyaAllah saya akan memaklumkan keadaannya dari semasa ke semasa... terus mendoakan isteri saya," terangya.



Achey tidak dapat menemani isterinya itu kerana terikat dengan persembahan Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam Jumaat.

Untuk rekod, Pasangan itu mendirkan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, 4, pada Mei 2018. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 20-8-2022 09:55 AM
upload jangan tak upload yaa...
semua benda upload untuk memory kannn gituu....
Quote Suchi 20-8-2022 11:31 AM
Takpelaa kena la keje, depa buat ivf dgn doktor Tokha ni mesti mahal jd eloklaa pulun cari duit takkan nak stop plak.
Lagipun bini dia yg kena byk berehat kan bukan dia, apapun jgnla sampai lepas tgn plak.
Quote MadameOnion 20-8-2022 11:36 AM
Buang tube ke buka tube?
Quote Namasayaomel 20-8-2022 12:19 PM
wow..dr tokha ni mmg doktor paling kayangan seantero JB...tapi bab professional + experience dia Superb!..dia duk bsila atas kosi & bg nasihat jur kat mommies2 ni charge RM 8K and above for normal ...aaagithewww..ni kan pulak IVF pelbagai...
Quote Prickford 20-8-2022 12:43 PM
Iolls doakan berjaya hendaknya deyolls nak ada anak sendiri. Iolls pon tengah TTC ni
Quote KirazMevsimi 20-8-2022 01:25 PM
moga berjaya pada semua yang masih usaha, moga ALLAH perkenankan
Quote nsmy 20-8-2022 02:18 PM
Semoga dipermudah urusan
Quote pasubungaa 20-8-2022 03:36 PM
Apoooo buang fallopian tube? buat tajuk betul betul takboleh ke? tak belajar anatomi ek
Quote anony-mous 20-8-2022 04:37 PM
Baiknya wife dia
Quote fortiori13 20-8-2022 09:44 PM
Moga achey & isteri dimurahkan rezeki utk dapat anak ..
Quote missyL 20-8-2022 10:32 PM
Kurus dah bini die.tok ttc kot eh..

Tp cringe la yg guna nama laki kt ig ltk belakang

Apepn Semoga dipermudahkan
Quote mayakaren 20-8-2022 11:31 PM
Jauhnya sampai ke Johor buang fallopian tube. Kat KL byk specialists yg bagus jugak.
Quote pocongkiutss 20-8-2022 11:38 PM
pasubungaa replied at 20-8-2022 03:36 PM
Apoooo buang fallopian tube? buat tajuk betul betul takboleh ke? tak belajar anatomi ek

Betul la tu..ada org mmg smpai tahap kena buang tiub fallopionya..Madammu ni pun sama

https://www.xtra.com.my/hiburan/jalani-rawatan-ivf-madammu-terpaksa-buang-tiub-fallopio-jika-ini-ujian-untuk-dapatkan-cahaya-mata-saya-reda/
Quote ladybugz 21-8-2022 12:00 PM
semoga dipermudah segala urusan. u r already winning because u got the guts to try ivf. i mmg respect kat semua ttc women yg buat all sorts of treatment terutama mereka yg income sederhana tp still berkorban segala duit dan masa n usaha for ttc journey.
Quote Afie13 21-8-2022 01:01 PM
Kwn i dlm proses buat ivf tapi nasib x baik ubat x sesuai habis kacau badan. Perut jadi kembung habis. Satu badan dapat komplikasi i doakan yg baik2 utk semua yg ttc lebih2 lagi yg buat ivf sbb bukan senang mcm2 kesan kena hadap
Quote jejaka_hensem 21-8-2022 01:13 PM
Kenapa benda2 camni kena bagitau kat orang ramai eh?kalau simpan sendiri tak boleh?
Quote virgo19 21-8-2022 01:16 PM
Kawan iols dah 10 tahun kawin pun takde anak. Tahun lepas buat ivf kt hosp gomen, tapi tak berjaya, habis belas ribu jugak, hasil kumpul duit bertahun2. Kesian.. dah la suami kerja biasa2 je. Kawan iols tu pulak tak kerja.
Quote mamajawie 21-8-2022 09:00 PM
mayakaren: Jauhnya sampai ke Johor buang  ...


Jumpa doktor thokha kot..gi pun fmily achey kan kalu x silap asal Johor..
Quote puan_rohayu 21-8-2022 09:53 PM
jejaka_hensem: Kenapa benda2 camni kena bagit ...
Xsalah untuk ilmu,pengetahuan sekarang ramai pasangan yg menghadapi masalah infeterliti.Sekurang-kurangnya mereka terbuka untuk bercerita dan mana tau pasangan lain yg ada masalah dpt inspirasi dan manfaat daripadanya.Sis doakan kau xhadapi masalah mcm ni bila berumahtangga nanti,klu tak kau akan tau la perasaan org yg TTC ni mcmmana.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top