View: 4701|Reply: 38
|
Isteri Selesai Buang Tiub Fallopian, Achey Tak Dapat Teman Di Hospital Sebab Kerja
[Copy link]
|
|
Selesai menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat, pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini masih lagi berada dalam pemantauan pakar.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, bagaimanapun memberitahu dia masih belum mengetahui perkembangan terkini isterinya yang berada di sebuah hospital di Johor.
Foto: IG
"Saya tidak tahu macam mana nak cakap. Apa yang saya tahu dia sedang berehat sekarang.
"Dia masih berada dalam pemerhatian rapi doktor sebab pembedahan kali ini agak lama dan sepatutnya berlangsung selama dua jam sahaja sudah selesai tetapi kali ini mengambil masa yang agak lama," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Achey juga meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan isterinya yang tetap memberi sokongan untuknya membuat persembahan dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Hasanah atau lebih mesra disapa Anne dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dinasihatkan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.
Mengakui sedikit terganggu kerana bimbang dengan keadaan kesihatan isterinya itu tetapi Achey berfikiran positif dan kekal bersikap profesional.
"Dia masih dalam rawatan, saya anggap pembedahan berjaya dan dia sendiri cakap dengan saya jangan susahkan orang lain.
"ada mulanya agak terganggu tetapi dia nasihatkan saya agar jangan susahkan kawan-kawan, jangan susahkan program.
"Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional," terangnya.
Dalam pada itu, Achey turut memohon orang ramai dan peminat terus mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
"Sekarang dia sudah selesai pembedahan tetapi doktor untuk melihat keadaannya sama ada stabil atau tidak.
"InsyaAllah saya akan memaklumkan keadaannya dari semasa ke semasa... terus mendoakan isteri saya," terangya.
Achey tidak dapat menemani isterinya itu kerana terikat dengan persembahan Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam Jumaat.
Untuk rekod, Pasangan itu mendirkan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, 4, pada Mei 2018. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
upload jangan tak upload yaa...
semua benda upload untuk memory kannn gituu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelaa kena la keje, depa buat ivf dgn doktor Tokha ni mesti mahal jd eloklaa pulun cari duit takkan nak stop plak.
Lagipun bini dia yg kena byk berehat kan bukan dia, apapun jgnla sampai lepas tgn plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow..dr tokha ni mmg doktor paling kayangan seantero JB...tapi bab professional + experience dia Superb!..dia duk bsila atas kosi & bg nasihat jur kat mommies2 ni charge RM 8K and above for normal ...aaagithewww..ni kan pulak IVF pelbagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls doakan berjaya hendaknya deyolls nak ada anak sendiri. Iolls pon tengah TTC ni
|
|
|
|
|
|
|
|
moga berjaya pada semua yang masih usaha, moga ALLAH perkenankan |
|
|
|
|
|
|
|
Apoooo buang fallopian tube? buat tajuk betul betul takboleh ke? tak belajar anatomi ek |
|
|
|
|
|
|
|
Moga achey & isteri dimurahkan rezeki utk dapat anak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus dah bini die.tok ttc kot eh..
Tp cringe la yg guna nama laki kt ig ltk belakang
Apepn Semoga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhnya sampai ke Johor buang fallopian tube. Kat KL byk specialists yg bagus jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
pasubungaa replied at 20-8-2022 03:36 PM
Apoooo buang fallopian tube? buat tajuk betul betul takboleh ke? tak belajar anatomi ek
Betul la tu..ada org mmg smpai tahap kena buang tiub fallopionya..Madammu ni pun sama
https://www.xtra.com.my/hiburan/jalani-rawatan-ivf-madammu-terpaksa-buang-tiub-fallopio-jika-ini-ujian-untuk-dapatkan-cahaya-mata-saya-reda/ |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudah segala urusan. u r already winning because u got the guts to try ivf. i mmg respect kat semua ttc women yg buat all sorts of treatment terutama mereka yg income sederhana tp still berkorban segala duit dan masa n usaha for ttc journey. |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn i dlm proses buat ivf tapi nasib x baik ubat x sesuai habis kacau badan. Perut jadi kembung habis. Satu badan dapat komplikasi i doakan yg baik2 utk semua yg ttc lebih2 lagi yg buat ivf sbb bukan senang mcm2 kesan kena hadap |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa benda2 camni kena bagitau kat orang ramai eh?kalau simpan sendiri tak boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan iols dah 10 tahun kawin pun takde anak. Tahun lepas buat ivf kt hosp gomen, tapi tak berjaya, habis belas ribu jugak, hasil kumpul duit bertahun2. Kesian.. dah la suami kerja biasa2 je. Kawan iols tu pulak tak kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
mayakaren: Jauhnya sampai ke Johor buang ...
Jumpa doktor thokha kot..gi pun fmily achey kan kalu x silap asal Johor.. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem: Kenapa benda2 camni kena bagit ... Xsalah untuk ilmu,pengetahuan sekarang ramai pasangan yg menghadapi masalah infeterliti.Sekurang-kurangnya mereka terbuka untuk bercerita dan mana tau pasangan lain yg ada masalah dpt inspirasi dan manfaat daripadanya.Sis doakan kau xhadapi masalah mcm ni bila berumahtangga nanti,klu tak kau akan tau la perasaan org yg TTC ni mcmmana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|