View: 18124|Reply: 9
|
Neelofa kongsi doa dapat jodoh, dah amalkan dan dapat suami baik
[Copy link]
|
|
Empat tahun bahagia melayari alam perkahwinan, usahawan dan pelakon Neelofa berkongsi doa ringkas yang diamalkan untuk bertemu jodoh.
Sebelum berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada Mac 2021, Neelofa berkata dia sering berdoa berharap ditemukan dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya.
Namun aktres berkenaan menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian meluas.
"Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Harris.
"Saya doa macam ini sahaja... 'Ya Allah berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku'. Ringkas, padat tapi konsisten," katanya.
Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dikongsi seorang pengguna media sosial di aplikasi TikTok.
Dalam rakaman itu, seorang wanita meminta tip dan pandangan daripada pasangan ini mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh.
Haris yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan meminta isterinya untuk berkongsi doa yang diamalkan.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas yang kini dua tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sayang bebeno ngan tok laki nye ye |
|
|
|
|
|
|
|
tak share dengan adik pompuan sendiri ke doa tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Ustz kashif tu masih isteri bernombor ke |
|
|
|
|
|
|
|
okay Neelofa...i doakan you dah hubby pilihan Tuhan anda bahagia hingga ke Jannah...
I tumpang gembira tengok rumahtangga orang aman2 |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la share ngn adik ngn kakak yg udah seghopa jalang itu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Dapat pasangan tak perfect takpe janji sama² saling support menyaport, bertolak ansur dan sedar hak dan tanggung jwb memasing. Tak made from the heaven takpe janji together, strive for heaven.
Baju gabak dia tu tak panas ke pakai gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
madamjaja replied at 16-1-2025 12:56 PM
boleh la share ngn adik ngn kakak yg udah seghopa jalang itu
Ameera tu kalau dibandingkan dgn Kemek, imo Kemek lagi teruk! |
|
|
|
|
|
|
| |
|