CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nampak Kelibat Di KLIA, Ayid Pengkid Dah Balik Lebih Awal?

16-8-2022 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1717| Komen: 7

Description: Tiada kelibat seorang pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Tiada kelibat seorang pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Individu itu yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini, dijadualkan tiba di Malaysia dengan penerbangan Saudi Airlines dari Jeddah pada jam 4.11 petang ini.



Harian Metro yang menunggu di hadapan Balai Ketibaan Antarabangsa mendapati beberapa penumpang penerbangan itu mulai keluar pada jam 4.30 petang, namun kelibat individu itu tidak kelihatan.

Ketiadaannya itu seakan mengesahkan khabar angin yang mendakwa dia sudah pulang lebih awal dengan transit di negara jiran sebelum menaiki penerbangan ke Malaysia.


Pada Ahad lalu, Harian Metro melaporkan, berbekalkan janji manis serta perlakuan romantis, Ayid menjerat beberapa wanita kononnya akan diperisterikan menyebabkan ada dalam kalangan mangsanya itu turut membeli pelbagai barangan untuk persediaan perkahwinan.

Bagaimanapun, tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial tular.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dilaporkan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengkid itu.

Bukan itu saja, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman turut dilaporkan berkata, tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas individu berkenaan bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberi maklum balas bahawa beliau mengambil berat isu itu kerana membabitkan hukum agama dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada individu terbabit.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan memohon untuk membuat siasatan lanjut ke atas individu berkenaan setibanya di tanah air nanti.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 17-8-2022 11:30 AM
lemahlah imigresen ni..patut tahan kat klia tu
Quote Cpkay 17-8-2022 11:30 AM
lemahlah imigresen ni..patut tahan kat klia tu
Quote makadek 17-8-2022 11:33 AM
Kawin kan aje dgn laki gagah perkasa baru hilang bijik mataa ,anak pn besusun susun nanti
Quote Artemesiaa 17-8-2022 11:35 AM
Naik transit fligh kot mana nak perasan dah balik
Quote uori 17-8-2022 11:37 AM
makadek replied at 17-8-2022 11:33 AM
Kawin kan aje dgn laki gagah perkasa baru hilang bijik mataa ,anak pn besusun susun nanti

kenapa hilang bijik mata?
Quote testly 17-8-2022 08:52 PM
Eh..xkan takut kot. Kata nak jd jantan.... Berani buat berani tanggung lah
Quote ashilalat 17-8-2022 09:00 PM
Mesti dalam hati dia kat Mekah pon rileks je selamat x kena petir pon mcm dalam Mastika. Apa sangat kalo kat malaysia.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.106560 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top