CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dicekup Bersama Tiga Rakan Lelaki, Kondom 'Basah' Dalam Tong Sampah

16-8-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4816| Komen: 45

Description: Seorang remaja perempuan dicekup bersama tiga rakan lelaki dalam serbuan dilakukan di sebuah bilik motel di Padang Temusu dekat sini awal pagi Selasa.
Seorang remaja perempuan dicekup bersama tiga rakan lelaki dalam serbuan dilakukan di sebuah bilik motel di Padang Temusu dekat sini awal pagi Selasa.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, anggota penguatkuasa agama yang membuat pemeriksaan menemui remaja berusia 15 tahun bersama tiga lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun.


Antara pasangan yang ditahan dalam serbuan di sebuah motel di Padang Temusu awal pagi Selasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di sekitar bilik yang sama turut menemui kondom yang disyaki telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah.


"Operasi yang dilaksanakan 15 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan bantuan Skuad Badar itu kemudian menahan seorang lelaki berusia 60 tahun bersama wanita berstatus ibu tunggal berusia 45 tahun dalam serbuan berasingan.

"Bagi mengelak perbuatan mereka diketahui ahli keluarga, lelaki terbabit sanggup menghubungi besan manakala wanita itu pula menghubungi anak perempuan bagi urusan jaminan," katanya.

Jelasnya, operasi diketuai Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kuala Muda Zaiferi Zainul Abidin menahan 10 individu berusia antara 15 hingga 60 tahun.


Zaiferi (kiri) memeriksa identiti 10 individu yang ditahan dalam serbuan awal pagi Selasa.

Individu yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Petani bagi laporan tangkapan seterusnya meminta waris hadir untuk tindakan lanjut.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu khalwat yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Kami meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau maksiat, boleh hubungi imam kariah atau terus ke pejabat agama bagi membanteras perbuatan itu," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 16-8-2022 08:51 PM
Rajen kedah ambush
Quote musangbodoh 16-8-2022 08:59 PM
menekan-nekan kejenye ye
Quote mojarean_X 16-8-2022 09:01 PM
tahanie replied at 16-8-2022 08:51 PM
Rajen kedah ambush

Nk kejar KPI dh nk dekat hujung tahun
Quote sharlenetexas 16-8-2022 09:01 PM
Tadi warga mas. Skrg pulak remaja.


Quote jalfa 16-8-2022 09:06 PM
Rajinya buat srbuan pagi pagi buta
Quote uda 16-8-2022 09:58 PM
Pandai pulak remaja tu guna kondom
Quote _blackbird 16-8-2022 10:07 PM
Kedah darul bermukah
Quote insulin 16-8-2022 10:38 PM
Advancenya ko dik.
Quote delsmomm 17-8-2022 04:47 AM
Syukur la dia reti jgk pakai kondom..
Xsanggup rasanya nk hadap lg kes buang baby..
Quote venom1 17-8-2022 07:24 AM
wah dik..3 keris kau tala satu malam..
Quote shernazz 17-8-2022 07:29 AM
Wow..
Ikut giliran.ka atau 4 some ni?
Berita berasingan tapi tempat yang sama.dengan yang rentua tu kan?
Quote TomyamPuteh 17-8-2022 08:09 AM
Ada satu kedai kt Padang Temusu tu laksa dia  kaw gila.
Quote manehnya 17-8-2022 08:33 AM
alahaii mudanya.. dah berkondom2... smoga kembali ke jalan yg lurus dik...
Quote AshkieLa 17-8-2022 08:41 AM
15 tahun dengan 3 lelaki?
nauzubillah...
Quote s@s@ 17-8-2022 08:49 AM
ni kira rogol ke apa?
Quote intan244 17-8-2022 09:03 AM
uda: Pandai pulak remaja tu guna ko ...

ritu ada article kat sekolah ada belajar cara pakai siap amali.
Quote makton 17-8-2022 09:28 AM
3 orang lelaki? ya Allah...            
Quote dua_chzy 17-8-2022 09:31 AM
Akak2 sekelian ni guna kondom pun hencap. Helok la guna kondom buatnya air mani tu jadik baby pehtu dibuang dalam mangkok jamban tak ke nanti akak2 juga yang stress baca?
Quote mizruncing 17-8-2022 09:38 AM
3 lelaki??? bodohnya kau pompuan

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.287270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top